Cinta Hati Sakit
Jadikan iktibar,buang yang keruh ambil yang jernih.Setia pada yang menyetia.Sayang pada yang menyayangi.Cinta pada yang mencintai.Ikhlas kepada yang member ikhlas.
‘’dulu kamu selalu Tanya aku..bila aku akan bukukan kisah cinta kita.aku diam dan senyum Cuma.nanti aja aku bukukan kisah kita.kerna saat itu ianya sangat indah untuk aku bukukan.biar aku bukukan saja dalam hati aku.dan aku harap kamu juga.
Hari berganti hari.aku gembira di samping kamu.harap kamu juga bahagia di samping aku.kamu selalu nyatakan pada aku.bahawa tiap kali solatmu,doa kamu terhadap jodoh kita agar berpanjangan selalu .aku terharu seketika di situ.indahnya jika kamu memang jodoh aku.dan aku juga tidak lupa mendoakan agar hubungan kita sentiasa berkekalan.
Malam itu.kamu berterima kasih kepada aku.kamu bersyukur kerna aku disamping kamu.dulu kamu perokok dan bila hadirnya aku dalam diri kamu,kamu berhenti merokok.kamu,aku turut gembira kamu ada di sisi aku.kamu buat aku gembira.kamu buat aku makin bersemangat untuk mencapai cita-citaku.kamu didik aku jadi wanita solehah.wanita yang punya ciri-ciri idaman lelaki.
Cuma.pada hari gelap itu.kita ada pertengkaran kecil.maaf kerna aku tak dapat penuhkan kehendak kamu yang satu itu.otak aku runsing memikirkannya.hari itu aku ada peperiksaan penting.sumpah aku tak dapat tumpukan perhatian pada pengajianku.selepas selesai peperiksaanku,aku terus berjumpa kamu.kamu senyum Cuma,tapi aku tahu kamu marah akan aku.kita borak sakan,tapi kamu sekadar mengiakan saja setiap apa kataku.aku sedikit terkilan.tapi aku abaikan saja.aku tahu.kamu milik aku.
Seminggu selepas itu,kamu sudah jarang berkomunikasi dengan aku.alasan kamu sibuk.aku akur.mungkin kamu perlu masa untuk itu.aku biarkan kamu dengan masa kamu.tapi pada masa yang sama aku masih berhubung dengan kamu walau kamu hanya endah tak endah.
Tiap malam aku berdoa.agar tuhan tunjuk jalan kepada aku.bertafakur aku di malam hari .hinggalah satu hari itu aku terima pesanan ringkas kamu.pelik!kamu bahasakan diri kamu abang dalam pesanan tersebut.pastinya pesanan itu bukan untuk aku kerna kamu tidak pernah bahasakan kamu sebagai abang.aku tabahkan hati.aku positifkan mindaku.
Hari ke hari.kamu makin berubah.nada kamu dengan aku sudah semakin kasar.aku masih buntu apa salah aku terhadap kamu.bila ditanya.kamu hanya jawab tiada sebarang kesalahan.arghh.ya Allah,berikan petunjuk – Mu
Hari raya keempat.hari perit buat aku tapi gembira buat kamu.kamu bilang kamu sudah hilang rasa sayang kamu terhadap aku.aku redha andai itu takdir kita.aku redha.Cuma aku terkilan.malam kita putus,kamu keluar tengok wayang dan bergembira dengan kekasih baru kamu.Ya Allah..apa kamu tidak punya perasaan?sedangkan aku masih sedih kehilangan kamu,dan kamu bergembira atas kehilangan aku?mungkin ini yang kamu idamkan selama ini.tapi bagai mana dengan doa kamu di saban waktu solat kamu??
Mula hari itu,aku bertekad.biarlah kamu bergembira bersama si dia.dan mulai hari itu aku turut bertekad bahawa aku tidak akan mengganggu kamu.maaf kerana selepas kejadian itu aku dingin dengan kamu walaupun aku tahu niat kamu baik untuk kita jadi kawan.maaf aku masih tidak boleh terima segalanya.tapi jauh di lubuk hati,aku rindu kamu,aku perlu kamu.
Kamu..hari ini aku telah bukukan kisah kita.ringkas Cuma,bukan dalam bentuk buku tapi bentuk yang boleh kamu baca dan memahaminya.kamu,aku rindu kamu.aku rindu kamu yang dahulu.aku harap kamu bahagia di samping dia.aku doakan kebahagian kamu sebagai mana dulu aku doakan kebahagian kita.kamu,jika detik ini kamu membaca kisah cinta kita..sedekahlah ayat al-Quran kepada ku.detik ini aku sudah tiada di muka bumi ini.tak dapat melihat kamu,tidak dapat mendengar suara kamu.akhir kata,aku masih sayang kamu.’’
0 kata-kata hebat !:
Post a Comment