Saturday, April 21, 2012

Jom Belajar Loghat Kedah (Part 3 )

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 10:05:00 AM
Reactions: 
assalamualaikum..hampa sihat ? hampa nak belajar loghat Kedah lagi dak ? cheq nak hajaq hampa ni :D


cheq ajar sampai 50 dulu noh..nanti cheq hajaq hampa lagi..

1. Qhe-ngau = cakar
2. Se-qheyat = reda/ surut
3. Hambat = kejar
4. Pe-qhembang = tengok dgn sesungguh hati 
5. Contiang = lukis / tulis tah apa-apa
6. Ligan = kejar
7. Cemuih = bosan/jemu
8. Tokak = gigit besar
9. Gey-qhek = basikal
10. Gon/gaun = cerun (bukit kecil)
11. Belemoih = comot/ kotor
12. Tetomoih = tersungkor
13. Ku-tey = cubit
14. Tak dan = tak sempat
15. Hebiaq = celupar
16. Maneh melecaih = tersangat manis
17. Lencun = basah
18. Lokoih = basah kuyup
19. Kawaq = pencuri
20. Kanyaq = mentah (berhingus)
21. Ketegaq = degil
22. He-qhot petot = senget benget
23. Me-qhela = gatal
24. Log laq = cemekap/ cuai
25. Hawing = pusing
26. Punggai = baling/ lempar
27. Tengalong = tuju/ baling
28. Me-qhe-kah = Kupas/ koyak / merekah
29. Ayaq achaq = air longkang
30 .Ha-qhin = hancing
31. Kelepiaq = melibas
32. Kelolo = "tak berapa betoi" / suka buat jokes
33. Hemoi = "muka tak malu"
34. Me-qhe-nyeh = menggatal
35. Dak-aih = tak "matching" / tak mau
36. Hapak pera'e = bau hapak
37. Hijau me-qhe-ngak = telalu "hijau"
38. Celuih = muat
39. Me-qhelit me-qhelap = berkilau- kilau
40. Me-qhe-yup = jauh/ sayup / nak malam
41. Qhem-pang = "tergedik-gedik"
42. Kampoi = kumpul/ kaut
43. Je-qhang = rebus
44. Capoi = celupar
45. Te-qhe-bey = lastik
46. Melo-qhoih = lucut/ gelongsor
47. Me-qho-not = membongkok
48. Sene-qheh = selisih
49. Be-qha-chaq = comot/ kotor
50. Qhembang = gemuk / merembang

1 kata-kata hebat !:

haney said...

rindu nye nak dgr loghat utagha. sini hari2 dgr tp xbyk mcm dulu hahah

 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea