Dipetik dari Utusan Malaysia,25 Ogos 2012 - Surat Dari Pembaca
Pada minggu lalu,di laman-laman sosial seperti Facebook,Twitter dan Youtube hangat memperkatakan tentang video yang dimuat naik oleh seorang remaja perempuan dari Singapura.
Semuanya gara-gara aksi 'comel' seperti membuat mulut kembung,mengangkat kening,mengerdipkan mata dan menunjukkan simbol peace yang dilakukannya di dalam video tersebut.
Mungkin gadis belasan tahun sepertinya beranggapan ia adalah aksi 'comel' tetapi tidak bagi kebanyakan orang termasuklah penulis sendiri.
Gara-gara video yang dimuat naik itu,ramai yang melabelkannya sebagai gedik,memalukan,menjengkelkan,meluat dan pelbagai lagi komen negatif dilemparkan kepada gadis yang mesra dipanggil Feetri selain ia menjadi bahan lawak.
Video yang dimuat naik Feetri itu semakin popular apabila ramai pihak yang mula membuat video seolah-olah mengajuk(parody clip) dengan melakonkan semula aksi dengan mengikut,memimik cara gadis itu bercakap.
Memang benar,sesiapa sahaja bebas untuk memuat naik video di laman-laman sosial tapi bersediakah kamu untuk menanggung risikonya di kemudian hari.
Mungkin pada hari ini,memuat naik video seperti itu tidak mendatangkan sebarang masalah tetapi bagaimana pula untuk tempoh 10 tahun akan datang?
Jadi sebelum membuat sebarang tindakan,fikirlah masak-masak.Jika tidak,mungkin tidak wujudlah pepatah Melayu berbunyi , 'sesal dulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna'
LU PIKIRLAH SENDIRI,
Johor Bharu,Johor
5 kata-kata hebat !:
utusan ni dah x de modal nk cerita lah ni. video tah pape ni pon dia blh jd isu kt paper. entah pape tah ahaha
tu surat dari pembaca la kak :)
dekat bahagian hiburan..hehe
hahaha
kesian pmpuan tue!
kadangkala langkah seperti ini perlu untuk menyerdarkan tentang tindakan mereka yang dianggap 'biasa-biasa aja' :)
haha.. mcm2 sekang ni.. ^_^
Post a Comment