Sunday, August 05, 2012

Manusia dan Lampu Isyarat.

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 12:16:00 AM




Assalamualaikum.

Tanpa kita sedari dah masuk 16 ramadhan. Dan syukur kerana kita masih diberi peluang untuk bernafas.

Untuk sisipan kali ini,ingin benar rasanya berkongsi rasa melalui hidup umpama lampu isyarat. Dan mengapa lampu isyarat ?

Badannya terasa lemah.Tuala Morning Kiss yang tersidai di bahu sudah lembap dan berbau toksik yang telah segelen dikeluarkan.Tersandar dia dia bawah dahan nyior.Nyaman.

Botol besar jernih yang tertulis Blue dicapainya laju.Lantas penutup botol dibuka,air ditegur rakus.Segar.

15 minit menghirup oxygen.Kini dia berasa lebih bermaya berbanding tadi.Dia bangun meneruskan kerja yang diamanahkan.Kembali membaiki jalan yang rosak seorang diri.

Kone kuning diletak di bahagian jalan yang perlu dibaiki.Menunjukkan simbol ringkas ''jalan rosak''.
Namun,masih ada yang berdesis dengki.Masih ada yang dengki.Kebaikan bersama yang dia lakukan untuk orang kampung masih dipandang rendah.Mereka anggap dia tiada guna.Sekadar tongkol tiada nyawa apatah lagi deria rasa.

Hanya kerana dia cacat pendengaran dan bisu percakapan.



Hakikatnya dia lampu isyarat : lampu isyarat yang ;

  1.  tidak endah akan perubahan cuaca,meski panas,hujan,ribut,taufan.Lampu merah,kuning,hijau.Tetap berfungsi mengikut asalnya.
  2. tiada sederhana,hanya disitu tidak bergerak.Namun kuasanya besar,siapa melanggarnya,parah.Maut boleh menjadi galang gantinya.
  3. Dia tidak takut akan kenderaan tapi kenderaan yang seharusnya takut akan perubahan warna yang bakal ia lakukan.
manusia ; harus seperti lampu isyarat.
  1. tidak endah dengan pengaruh sekeliling.Kuat dengan prinsip tersendirinya.
  2. bersederhana,tapi cukup berpengaruh dalam melakukan kerja yang benar.
  3. tidak goyah dengan musuh mendatang.Kuat semangat peribadi.Utuh.

mampukah kita ?
mencuba menjadi seperti lampu isyarat ?

0 kata-kata hebat !:

 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea