Terus terang aku kabarkan. Entry kali ini tiada input yang bakal kau serap. Hanyalah coretan mengada untuk puaskan hati dan penuhkan masa yang sentiasa penuh.
Mudah saja aku deskripsikan apa yang cuba aku sampaikan. Impian. yang aku idamkan, atau kata lain, yang selalu bermain dalam khayalan duniaku. dan semoga ia bakal menjadi kenyataan esok,lusa. Amin. Kau doakan ok ?
- Bangun untuk qiam bersama. Aku imagine seolah-olah dia watak Ustaz Hafiz dalam watak Suami Aku Ustaz. Kejutkan aku tengah malam untuk bangun qiam.
- Dapat solat berjemaah seandainya kami berpeluang keluar bersama. Contoh, kami zohor di masjid berjemaah dengan makmum yang lain sebelum keluar bersama.
- Setiap selepas solat Magrib dapat bertadarus bersama, at least satu muka sehari. Nanti dapat khatam bersama kan.
- Lepas tadarus, kongsikan terjemahan Al-quran. Dia bimbing aku, aku bimbing dia.
- Kali pertama dia jejakkan kaki ke rumah adalah tujuan untuk mengenali keluarga, kata lama - Merisik.
- Kali kedua dia jejakkan kaki ke rumah adalah dia hadir sebagai tunang secara rasmi, kata lama - majlis pertunangan.
- Kali ketiga dan seterusnya, dia jejakkan kaki ke rumah sebagai seorang suami yang sah, kata lama - selesai goncang.
- Dia hadiahkan aku 3 buah novel pada masa yang berbeza. Tajuk novel yang menggambarkan perasaannya.
- Dia nyanyikan aku lagu Wanita-KRU pada setiap malam 12 September.Demand.
- Aku dapat masakkan lauk atau sebarang makanan untuk dia,at least sebulan 2kali. Kata lain, dia makan masakkan aku at leasr sebulan 2 kali
Well, itu saja 10 yang aku idamkan. Insyaallah aku cuba, dia cuba. Semoga apa yang aku idamkan dapat direalisasikan mulai sekarang sehingga kami sah sebagai suami isteri , till jannah.
2 kata-kata hebat !:
wahh good impian.. btw, semoga impian yg baik ini akan tercapai oleh sis.. Amin.. insyaALlh
terima kasih :) aminn..mudah mudahaann ==.
Post a Comment