Monday, October 15, 2012

Manisnya, Perhubungan.

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 4:33:00 PM
as sweet as relationship.



Anak Pak Ali, cucu Mak Tom,
Assalamualaikum.


Perhubungan yang disusuri ikhlas pasti manis rasanya. Perhubungan yang diselitkan dusta, pasti hempedu rasanya.Maka seimbangkan lah antara pahitnya hempedu dan manisnya ikhlas agar rasa dalam perhubungan itu kembali nuetral dan sedap-sedap manis.

Pastinya bosan jika sesuatu perhubungan itu terlalu sempurna. Mengejar kebahagian yang terlalu extream sehinggakan perasaan bosan itu hadir. dan semestinya tatkala bosan itu hadir, nescaya langkah untuk berkecai  sesebuah hubungan itu akan mula merekah.

Cemburu dan dicemburui. Sayang dan disayangi. Hormat dan dihormati.
Pastinya elemen itu perlu dalam sesuatu perhubungan.

Cemburu dan dicemburi. Mencemburui.

Itu merupakan perisa selingan yang menyedapkan citarasa sesebuah perhubungan itu sendiri.
Sudah pasti sesuatu perhubungan itu akan menjadi bosan sekiranya pasangan terlalu yakin dan percaya terhadap pasangannya. Tak salah andai kata memupuk perasaan kepercayaan. Tapi kadangkala, rengekkan cemburu itu bermain peranan penting dalam menyisipkan lebih lagi perasaan sayang dan cinta.

Sayang dan disayangi. Menyayangi.

Aspek penting dan tunggak dalam sesebuah perhubungan. Sudah pasti ianya perlu bukan,kerana untuk apa perhubungan itu hadir tanpa rasa sayang,disayangi dan ingin menyangi. Selitlah perasaan sayang itu sebaik mungkin. Selitlah dengan penuh kesederhanaan agar sayang tidak bertukar menjadi benci suatu  hari nanti. Lahirkan butir-butir sayang dengan benih yang ikhlas dan suci. Jangan cambahkan benih sayang yang diselitkan rasa ragu-ragu dan penuh dengan perasaan was-was. Yakinkan kasih sayang itu. Sayang kerana Allah, perhubungan kerana Allah. InsyaAllah, kekal until Jannah.

Hormat dan dihormati. Menghormati.

Antara perkara yang harus dan seterusnya wajib hadir dalam sesebuah perhubungan.Hormat menghormati antara pasangan. Hormat pegangannya, hormat apa yang disenanginya dan hormat apa yang kurang digemarinya.Hah top top la perhubungan itu andai kata 3 asas penting itu diselitkan.

Wajib berusaha, berdoa dan akhirnya tawakal.

Dalam mengecapi perhubungan jangalah lupa kepada Dia yang telah pinjamkan nikmat gembira dalam perhubungan. Antara anugerah yang dihadiahkan buat insan yang terpilih. Jadi setelah anda berusaha, berdoa dan seterusnya tawakalah agar kekal bersama.

doa ku utuskan.



0 kata-kata hebat !:

 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea