Wednesday, January 23, 2013

Hidup Umpama Bola - Sepak, Terajang, Terabai

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 10:24:00 PM
Hidup umpama bola. Itu yang sering dibicarakan. Tapi sedarkah disebalik sifat BOLA itu sendiri ?


Kenapa hidup umpama bola ?

Sebab bulat ?

Tiada penghujung ?

Mungkin itu bagi anda. Tapi bagi saya, ya ini yang cuba saya sampaikan.

Fikirkan kembali. Pada dasar luaran kita fikirkan bola itu tiada gunanya. Hanya sebagai alat permainan.

Sepak, tendang. Itu sahaja. dan itu bola. TAPI

Tanpa kita sedari, tanpa bola.. Permainan bola tidak dapat dimain.

Tanpa bola, permainan bola tidak sehebat mana.

Tanpa bola, permainan bola adalah permainan yang paling membosankan.

Lantas. Pentingkah bola ? Penting.

Seterusnya.

Bola itu penting. Harus dijaringkan ke gol untuk mendapatkan sebuah kemenangan.

dan apabila bola yang DISEPAK berulang kali oleh beberapa kaki itu akhirnya berjaya melepasi tiang gol, ia dikira mata besar. Mata yang membuka ruang untuk pihak yang menjaringkan gol mengungguli permainan.

Tapi ! Apabila sudah mencapai kemenangan, adakah kita akan peluk cium ucap tahniah kepada bola ?

Tidak bukan ?

Tapi kepada siapa yang diucap tahniah, dipeluk, diberi penghargaan ?

Kepada mereka yang MENYEPAK bola. 

Sedangkan bola yang menyumbang kejayaan itu kaku di tepi tiang gol tanpa diusik dan diambil.

Anda rasa hidup anda umpama bola ?

Anda yang disepak ke hulur ke hilir, tapi anda masih membantu mereka untuk berjaya. Namun akhirnya, bila mereka berjaya, anda dilupakan, diabaikan. 

Adakah anda sebegitu ?

think it people - kyra



2 kata-kata hebat !:

combi said...

huuuu..wondering...am i a ball or kicker ? huuu

Kyra Ismera said...

@combi

err..don't know ;)

tapi, if u are a kicker.. and u already achieve what u want in your life, u should not forget the ball that helps u much. but then, if u are the ball, u should do something for you sake of life :)

 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea