Sunday, April 07, 2013

1001 Cerita

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 5:24:00 PM
Reactions: 
Pemeriksaan Kesihatan Percuma.

Menggunakan kaedah akupuntur.
Mudah dan cepat. 
Selamat ?

Waallahu’alam.
Mudah mudahan.

Ada yang bertanya.
‘ ko tak nak try ke ? ‘

Kedengaran biasa, tapi bagi telinga pendengaran dan otak pemprosesan ayat.
Itu adalah soalan yang agak sarkastik.

Ya, mungkin aku paranoid.
Dan seharusnya aku berterima kasih kepada yang bertanya.
Kerana sedikit sebanyak mengingatkan aku tentang mati.

Tak perlu aku hadap pemeriksaan percuma.
Bukan berlagak tak kena gaya.
Tapi takut nanti tiada rupa.

Tiada rupa manusia, bila mana aku harus berterimakan
Hakikat hasil dari pemeriksaan percuma.
Kebarangkalian, semua penyakit kronik aku positif.

Ya, positif. Bukan negative.
Lagi-lagi tahap keaktifan sel kanser.

Aku tahu dimana tahap kesihatan aku.
Berada di atas awangan.
Tak jejak tanah, tak sampai awan.

Itu aku.
Tatkala doc membuktikan ilmunya.
Aku seakan-akan manusia yang sudah tiada nyawa.
Berharapkan hidup pada jangka masa 5 tahun mendatang.

Sakitku usah dicerita.
Cukup aku gambarkan ia seumpama angin ribut.

Datangnya sekejap, lalu sahaja.
Tapi kesannya, agak menderita.

Begitu aku,
Terima kasih buat mereka yang sering menasihati.

Makan ubat
Makan ubat
Makan ubat

Tapi aku kira, ubat bukan lagi bermakna.
Dan aku mampu hanya berdoa.
Agar aku mampu hidup lama seperti mereka.

Asdfghjkl
Selamat tinggal.

Pemikiran paranoid yang menghasilkan ayat sarkastik pada dasarnya stereotaip.

ohya, Selamat Ulang Tahun yang ke47 bonda.
Bonda dunia akhirat, heart you mom (':


0 kata-kata hebat !:

 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea