Thursday, April 04, 2013

4 bulan 10 hari

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 8:13:00 PM
Terdengar alunan bacaan suci Yassin di setiap pintu bilik.

Rentak yang pelbagai namun enak didengar.

Hanya itu yang termampu sebagai alat perhubungan.

Kini aku masih di lantai sejadah.

Lantai sejadah yang sama, yang sering dia gunakan.

Di tempat yang sama menyembah 'Tuan Besar'.

cuma bezanya.

Dia tidak mampu melihat kami, generasinya

Tidak mampu melihat apa yang kami hadiahkan untuknya.

Tapi sungguh aku yakin.

Dia sebenarnya dapat rasa apa yang kami hadiahkan.

Moga dia gembira.

Allah, ajarkan aku untuk menerima hakikat bahawa dia telah tiada.

Allah, sedarkan aku dari mimpi bahawa aku hidup dalam kenangan.

Allah, sampaikan rinduku pada dia ya Allah.

Allah, ajarkan aku untuk percaya bahawa dia sudah arwah.

Allah, aku mohon.

Aku mohon.

Aku mohon.

Aku mohon ya Allah.



0 kata-kata hebat !:

 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea