Tuesday, May 07, 2013

1 bungkus

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 9:59:00 PM
Reactions: 
dulu 1 bungkus itu sudah memadai, malahan ada lebihan.


7 orang pun, masih ada lebihan.

tapi itu dulu, 

saat 3 digelar kiddo,

saat 2 baru terima gelaran kilauan emas

dan

saat lagi 2 baru makin kukuh liang kehidupan.

pada zaman pertengahan,

tiada lagi kiddo

1 bungkus hanya cukup cukup

kata orang ngam-ngam

sedap sikit tak cukup

lapar sikit tak cukup.

saat itu kami masih bergelar 7 ahli.

seterusnya,

mula bergelar 6,

1 bungkus adakala cukup,

adakala lebihannya ada

kini, hanya 4.

1bungkus kini lebihannya banyak,

kadang kala,

boleh beli setengah bungkus ?

"ya, 1 bungkus kuehtiew mentah,
boleh beli setengah bungkus tak abang ?"

dulu 7 :

  1. tokyah
  2. maktok
  3. ayah
  4. mama
  5. kakak
  6. abang
  7. adik
kini 6 :

  1. maktok
  2. ayah
  3. mama
  4. kakak 
  5. abang 
  6. adik
sekarang 4 :

  1. maktok
  2. ayah
  3. mama
  4. adik

mana lagi 3 ?

tokyah, tenang bersama ahli syurga.
kakak, dalam pengajian diploma
abang, menanti tingkatan 5 di Sek Sains Mat Jiwa 


tokyah ( 25/11/2012) - tokwan (13/11/2012)
hanya selang beberapa hari, mereka pergi bersama
tanpa memberikan tanda-tanda.

alfatihah.



0 kata-kata hebat !:

 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea