Friday, September 11, 2015

3 Perkara Yag Manusia Tak Boleh Lari

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 2:39:00 AM 1 kata-kata hebat !
Ustaz bilang ada 3 perkara yang manusia tak bisa lari. Tak bisa.

Pertamanya.

Mati.

Manusia hebat manusia sempurna. Itu kata dia. Bilangnya lagi, dia terlalu suci dan paling sempurna. Hidup tanpa kekhilafan, hadir di dunia sebagai satu perkara yang tiada siapa tahu mengapa. Lantas diri mengaku Tuhan. Acap kali, acap waktu, tanpa jemu dan dengan bangganya ' Aku Tuhan ' yang menjadi pembasah bicara. Hingga satu ketika, dia jatuh kaku secara tiba tiba. Kejung tak bermaya, kelu tanpa sekata bicara. Maka ajal kunjung tiba. Mati mudah kata.

dan tidak kira sesempurna mana pun yang bergelar HambaNya, pasti mati akan kunjung tiba. Pasti.

Keduanya.

Susah.

" Susah kan nak jadi orang baik, bu ? "

" Susah kalau kita fikirkan susah. Mana ada benda yang senang-senang kita nak dapat ? Semua kena bersusah-susah dulu. Syaitan memang suka menampakkan benda yang baik tu macam susah nak dilakukan. Dah tugas makhluk tu macam tu kan ? "

Raihan Zaffya, 2015

" ada dosa yang tak boleh padam melainkan dosa itu dipadam dengan kesusahan hidup "

Sabda Rasullallah S.A.W

Ketiganya

Selamat dari orang bercakap perihal kita.

Sekali pun kau dilahirkan dengan kesempurnaan 1001 sempurnya, masih belum cukup untuk mengelakkan diri dari menjadi buah mulut orang. Baik buruk benar salah, semuanya akan menjadi perbuatan umpatan manusia dan itu seperkara yang tidak dapat dielakkan walau beribu batu jauh kau bersembunyi, sejuta budi kau taburkan apatah lagi hanya dengan satu kekhilafan yang kau lakukan,

takkan berhenti, selagi hidup. 





Wednesday, July 29, 2015

Espresso buat Kyra Ismera

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 10:03:00 PM 2 kata-kata hebat !
Dulu I used to have a cup of espresso to cool down my tense.


Tapi itu dulu.

Sekarang dah berbeza. 

Namun, masih lagi kuat dengan teori secawan espresso.

Kopi yang rasanya pahit, boleh jadikan manusia itu ketagih. Sedangkan ia pahit. 

Dan, masalah yang kita hadapi tu pahit, why not we treat is just like we drink a cup of coffee ?

Pahit, tapi nikmat.

Tipikal namanya hanis nabilah, dia tak suka bawak balik tekanan kerja. Kecuali benda tu dah memang out of control.

Once a while, dia rasa letih nak berfikir. Sedangkan esok hadap lagi.

Jadi, dia guna empat puluh enam kilometer pergi dan balik tu untuk spread out semua masalah. Tenung fikir rungkai hingga kilometer yang terakhir, dia ringkaskan dengan satu senyuman dan niat.

Mungkin espresso buat Kyra Ismera ?



Saturday, July 25, 2015

Separa Perjalanan

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 11:50:00 PM 0 kata-kata hebat !
Bismillah.


Dulu, hati ini acap kali berbisik

" Hanis, Hanis tak akan fikir soal jodoh. Biar Allah atur, cuma Hanis kena usaha. Usaha jaga hubungan, berdoa dan berserah. Hanis kena yakin, one day it will be happen as kun fa ya kun ''

Itu dulu, yang aku sering kali ucap dan niat.

Lalu setelah itu, aku seperti biasa. Allah permudah segala yang aku niat. Sungguh, langsung aku tidak terfikir dan tersenyum bila disoal.

Dan 

Sehingga detik itu, dia membuka bicara. Sebentuk cincin menjadi tanda.

Dan 

Tanpa aku sedar, aku sudah dalam perancangan untuk menyiapkan diri menempah satu dunia baru. Dunia yang perlu dikongsi dengan yang namanya jodoh.

Cepat masa berlalu, dan kini aku tersenyum.

Terima kasih ya Rabb. Kau permudahkan perjalanan kami. Restulah perhubungan ini sehingga ia sah disisi mu Ilahi

Monday, June 15, 2015

The Expectation of Hanis Nabilah.

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 9:52:00 PM 0 kata-kata hebat !
The Expectation of Hanis Nabilah.

The never-never give up girl is now walking to find her step. She swap the salty tears, and continuing walk as there was no more tomorrow to explore the meaning of life.

The never get tired, was she. She had started it, and yet she have to finish it... soon

Now, she was here. Standing in front of it. Wishing that, there will be an answer for her journey.

She know, this will be not the end, but she hopes that this will be the beginning in her journey.

That is the expectation of she, Hanis Nabilah. - the answer.





Sunday, June 14, 2015

Persoalan Kehidupan yang Bakal Terjawab

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 10:53:00 AM 1 kata-kata hebat !
14/6/2015.


story will be a history.

bila bukak facebook, 

dulu, penuh gambar tunang - menjadi tunangan orang

kemudian, penuh gambar bersanding - bertandang

sekarang, gambar bakal bakal ibu ayah, bakal bakal waris dan ada pun berstatus ibu ayah.

dan

aku terfikir, dah tiga phasa rupanya. Dan aku masih di sini, 

di sini yang masih mencari tapak utuk berdiri kukuh.

Apa aku yang lambat untuk bangun berjaya atau mereka yang memilih muda dalam setiap perkara ?


lalu aku lempar,

lemparkan semua minda yang ada, memikirkan..

apa yang aku ada ?

dari segi asetnya, dari segi tahap ilmunya, dan dari segi ekonomi kerjanya.

aku ada ? semua, tapi bukan sepenuhnya.


dan tiba-tiba, 

aku diberi satu tarikh.

untuk aku pilih ya atau diam, tanda belum bersedia.


sumpah, aku mahu. tapi kadang rasa diri belum bersedia.

lalu aku serah pada Yang Esa,

seperti mana aku pernah terdetik dulu.

'' aku takkan fikir hal ini, biar masa menentukan dan ia akan berjalan seperti hendakNya ''


namun, 

tika masa itu semakin hampir, kenapa aku pilih untuk menangguh ?

dan air mata menitis

tanda 1001 rasa.

yang ada gembira sedih suka gusar dan segalanya.

Kepada Dia aku berserah, untuk menentukan yang terbaik buat hambaNya yang bernama Hanis Nabilah dan Muhammad Rizuan.

Semoga dalam lindungan Ilahi.

Thursday, May 21, 2015

Serum Cantik Ajaib| Serum Sensual Plus, German

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 10:43:00 PM 1 kata-kata hebat !
Alhamdulillah..


Dah makin ramai percaya dengan Serum Sensual Plus. Terima kasih awak, sebab berani untuk mencuba dan akhirnya jatuh cinta !

Nawaitu bukan nak untung mana, just nak share cara nak rawat wajah. Kepada yang belum cuba tu, boleh cuba..

Insyaallah tak rugi :)

More :

Monday, May 11, 2015

Catatan

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 4:43:00 PM 0 kata-kata hebat !
Kehidupan yang mewarnai, menggambarkan perasaan hati.


Gabungan warna yang meng-ghairah-kan menghasilkan satu intipati jiwa yang berseri.

Dengan rahmat ini, tubuh itu masih berdiri di atas kaki sendiri sambil tersenyum.

Senyum yang mengambarkan dia punya kehidupan yang ter-istimewa.

Melengkapi dilengkapi dan ia mewarnai setiap lukisan hati.

Terus mewarnai, dan mengembirakan hati.

Kerna satu hari, segalanya hadir dengan satu yang sempurna dan lengkap tanpa cacat cela.

Rahmat ini, syukur hendaknya Tuhan.

dan moga terus menyinari.


Monday, March 23, 2015

Bisk

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 10:08:00 PM 0 kata-kata hebat !
Bisk,


Aku sayang kau.

Ingat lagi aku, masa aku jatuh terduduk.

Dalam samaran memilih arah tuju.

Dalam kesedihan yang entah aku sendiri pun tak tahu.

dan

Kau datang Bisk,

Kau bantu aku.

Kau buat rencana sama aku.

Kau tahu Bisk ?

Aku print, tampal, baca hari hari.

dan dari situ aku mula bangkit.

Bisk, terima kasih.

Aku harap aku bisa jadi seperti kamu.

Penyunting semangat tatkala di perlukan tanpa kenal siapa pun sebenarnya kita.




Dari Bisk buat aku :



Bisk, Terima Kasih.

Sunday, March 22, 2015

Cincin

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 9:07:00 PM 1 kata-kata hebat !
Cincin.


Dia pegang getah kuning. Lilitkan dengan kertas iklan berwarna, Tekun, fokus. Kemudian dia senyum.

" Sini jari sayang "

" Ni cincin kita "

Senyum.

Nilai cincin, ikut nilai duit. Tapi sebenarnya perhubungan kita bukan berdasarkan cincin, bukan berdasarkan nilai wang. Nilai hubungan kita lebih bernilai dari wang apatah lagi cincin.

" Cincin perhubungan kita hati, sayang "

Senyum.

Adiwira

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 9:00:00 PM 0 kata-kata hebat !
Adiwira.


Adiwira Hero Dunia. Tak perlu suit pakaian bergetah. Apatah lagi mask muka yang nampaknya hanya mata. Yang kau perlu ialah sepasang baju harian dan bimbing lelaki bertongkat itu melintas jalan. 

Kau, Adiwira. 

Mudah.

Tak perlu menjadi cicak mahupun labah-labah.

Sunday, February 01, 2015

Kongsi Nikmat

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 1:23:00 AM 1 kata-kata hebat !
Assalamualaikum,



Alhamdulillah, permulaan 2015 yang memberangsangkan. Banyak dah benda yang dah 'tick'


Baru baru ni derma darah, buat kali kedua. Mula-mula rasa takut, tapi bila ingat arwah tokyah, terus hilang rasa takut.

Tak salah kan kita kongsi nikmat yang Allah bagi ?

Nikmat sihat, kita syukuri.

Dengan harapan, darah yang diderma tu dapat selamatkan nyawa orang lain. Even tak la hebat sangat derma darah tu kan ?

Nikmat yang kita kecapi, sementara. Jadi sementara ada, apa kata kita kongsikan ? 

Biar sama-sama tersenyum, biar sama-sama gembira :)

Muhammad Rizuan tu tak kasi derma, sebab takut pitam lagi and dia risau nak drive jauh balik malam sensorang and sorry sayang, sy derma tanpa pengetahuan and permission awak. Thanks for the care, me love you :)
 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea