Tuesday, August 03, 2010

JANGAN NYANYI LAGU ULIK MAYANG DI PANTAI !!

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 7:16:00 PM
Reactions: 

Ni macam kisah misteri la bagi aku..tapi ianya  seolah olah realiti yang hadir dalam mimpi. Sebenarnya dah berminggu-minggu mimpi tentang  satu pantai ni..

Pantai ni cantik and dalam mimpi tu seolah-olah aku selalu ja pi pantai tu & setiap kali mimpi mesti pantai yang sama. Mimpi tu dah macam bersambung-sambung.

Sebenarnya aku rasa takut gila..sebab mimpi yang baru ni, aku mimpi aku ada kat pantai tu dengan seluruh family - means segala pakcik sepupu semua ada..Masa tu situasi macam semua tengah tengok pantai & ombak laut.. tiba-tiba ada ombak besar datang dan angkut separuh ahli keluarga hanyut ke ombak.

Yang paling buat aku menangis dalam mimpi tu bila, bila ombak tu dah angkut diorang, lepas tu ombak tu seolah-oleh menghempas balik apa yang ditarik tu ke batu-batu besar di pantai tu. Ngeri, takut semua ada. Nampak wajah-wajah yang dihempas tu luka, pecah, mulut terkoyak. YaAllah masa tu, aku mampu berdiri tengok je ombak tu tarik, hempas semula diorang sampai boleh dikatakan mati terdampar kat batu-batu besar tu.

Yang hairan, aku tak pulak kena tarik dengan ombak tu. Dan masa aku tengok kejadian tu seolah-olah ombak tu tengok aku, macam ada yang sedang memerhati macam "ko tengok ni, ko tengok "

Lepas pada tu aku terjaga, tengok jam 3.03 pagi. Sebab jarum minit tu memang nampak tepat dekat angka minit ke 3 tu. Dan mimpi ni berulang-ulang untuk beberapa hari dan ending aku terjaga pukul 3.03 pagi.

Ada jugak aku bagitau mak aku hal ni, dia cakap ni mimpi. Baca ayat qursi, 3 kul sebelum tidur.

Tapi aku rasa benda ni ada kaitan dengan tingkah laku aku jugak..sebab hari tu aku pernah baca sejarah lagu ulik mayang.

Apa yang aku baca, lagu tu  tak boleh di nyanyikan di pantai, terutamanya waktu magrib, tengah malam, nyanyi dengan  kuat dan nyanyi dengan penuh perasaan. Katanya,lagu ni ada unsur pengaruh yang kuat macam pengaruh laut/puteri laut

lagu Ulik Mayang ni, ikut apa yang aku faham dia kisah sekumpulan nelayan yang terkandas & hampir karam di tengah lautan tapi diselamatkan oleh sekumpulan puteri laut. Puteri-puteri ni pulak dan terjatuh cinta dekat nelayan-nelayan tu. Tapi disebabkan puteri ni tak boleh bercinta dengan manusia jadi diorang lepaskan la nelayan-nelayan pulang ke darat which is ke tempat asal dengan perasaan yang sedih. Jadi untuk merawat sedih tu diorang nyanyi la lagu Ulik Mayang ni. Ikut apa yang aku baca tu kalau kita menyanyi dekat pantai ia seolah-olah kita menyeru puteri-puteri tu datang dan ada beberapa kesan yang tak baik lah.

Nak dijadikan cerita, aku ni jenis suka dengan bau laut, kaki pantai. Kalau dipantai tengok laut tu aku rasa semua masalah ke runsing ke hilang. Macam lupa kejap apa masalah aku. Rasa bila kat pantai ni, tenang dia lain macam. Jangan kata pantai, aku tengok laut pun aku boleh leka.

Entah macam mana, satu hari tu family bonding dekat satu hotel ni. Lobby hotel tepi pantai, memang gila cantik and aku memang suka lah. Lepas breakfast, aku menapak ke pantai. Sambil berdiri tu aku pandang laut macam biasa aku pandang, tapi entah tetiba macam lagu Ulik Mayang tu terdengar-dengar kat telinga. Macam ada orang pasang pun ye jugak. Aku masa tu dah terikut-ikut menyanyi, dah tetiba macam asyik semacam je.. Macam bukan aku nyanyi, tapi macam nyanyi.. Rasa macam hanyut semacam je, tapi tak boleh nak tersedar.

Alhamdulillah, masa nak lawan emosi tu.. Aku dengar macam ada orang jerit- jerit.. Rupanya adik yang jerit panggil aku, nasib dia jerit sebab masa tersedar tu air dah sampai pinggang. Aku jalan ke laut ke tadi ? Tadi kaki dekat pasir, gigi pantai. Ini dah sampai paras pinggang.

Lepas tragedi tu, tiap malam selama berminggu aku mimpi pantai yang makan orang, dah macam berepisod. Lepas kena hempas, esoknya mimpi aku lari cari pertolongan.. Tengah cari orang nak minta tolong, dah tembok macam dekat Padang Kota tu pula runtuh. Semua yang terjatuh jerit minta tolong.

Akhirnya, bila dah dekat sebulan aku mimpi laut yang macam tu, aku mimpi didatangi seorang lelaki yang berjubah hitam, yang tak nampak muka.

Bila jumpa ustaz, ustaz cakap yang berjubah tu dah 'selamatkan' aku dari gangguan mimpi laut, dan sekarang dia nak damping & berkawan. Alhamdulillah ustaz dah ubatkan.

Cuma sekarang, tak boleh terlalu sedih. Nanti muncullah jubah hitam tu balik-balik gelap. Takut kan ? 

12 kata-kata hebat !:

Miss Fairladyjim said...

hurmmm, dulu masa jim sekolah ada ustaz tue dia bagi nasihat kat remaja jangan pergi pantai bila kite bersedih atau kecewa atau nak termenung..sebabnya ustza kata kat pantai banyak syaitan dia datang dalam bentuk angin ombak...bila time2 frust pergi ke tempat macam tue uztaz pesan lagi pemikiran dan jiwa kite kosong dan mudah dikuasai makhluk tersebut..semoga kite terpelihara. amin

Hanis Nabilah said...

takutnya..thanks jim!!janji xnak buat dah..

suhaisweet said...

Bermanfaat..Nice entry friend..visit my latest too..goin' to touch ur heart, hopefully ;D

apih el nino said...

dulu masa perasmian stadium kat terengganu, ramai histeria sebab lagu ulik mayang. dengar citer puteri2 tu turun join diorang nyanyi skali.

shinshan said...

fakta yang menarik..

Anonymous said...

Gila lah die ni..
G la berubat...
Tu org laut tu..g buang cepat

Muhammad Hanis said...

aq pon selalu nyanyi kt dorm lagu ulek mayang ni...dah la dkt dgn pantai...agak2 puteri no 7 tu cantik x?

Muhammad Hanis said...

aq pon selalu nyanyi kt dorm lagu ulek mayang ni...dah la dkt dgn pantai...agak2 puteri no 7 tu cantik x?

ASaDa RyutaRo said...

hurmm.. maksudnya, kalau nak jumpa puteri tu, boleh la nyanyi lagu ulik mayanng di ulik tu ye kan?

so kepada jejaka yang masih belum berpunya, mungkin boleh try.

heeeee (sengih kerang busuk)

Hanis Rahim said...

Rasanya la kan.. So kepada bujang bujang terlajang, bolehlah cuba..

tapi...

jangan lupa bawa surah yassin bersamaa..

agagagaga

Anonymous said...

[url=http://usa-onlineprednisone.net/]usa-onlineprednisone.net.ankor[/url] salbutamol-ventolin-buy.net.ankor http://online-viagracanada.net/

Anonymous said...

[url=http://usa-onlineprednisone.net/]usa-onlineprednisone.net.ankor[/url] salbutamol-ventolin-buy.net.ankor http://online-viagracanada.net/

 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea