Tuesday, May 31, 2011

ini dipanggil KEHIDUPAN ?

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 6:16:00 PM 2 kata-kata hebat !
dalam kehidupan.
kita boleh menentukan corak simpang siurnya.
namun,mampukah kita mengikut corak yang kita tentukan ?
atau punya satu kuasa yang menghalang kita dari menentukannya ?

dalam kehidupan.
kita memerlukan kasih sayang.
mampukah kita mendapat kasih sayang tersebut ?
atau punya kuasa yang menghalang kita dari mendapat kasih sayang ?

dalam kehidupan.
punya manusia.
manusia yang gembira.
manusia yang berduka.
manusia yang ditindas
manusia yang menindas.

aku hairan.
apabila manusia istimewa itu mereka abaikan.

aku hairan.
apabila manusia istimewa itu sentiasa ada salah di mata mereka.

apa benci sangatkah mereka dengan manusia istemewa itu?
hina sangatkah manusia istemewa itu ?

manusia selalu pentingkan diri.
mereka abaikan manusia itu.
sedangkan manusia itu banyak berjasa kepada mereka.

aku hairan.
manusia itu sering pertikaikan manusia istimewa itu.

aku hairan.
kenapa manusia itu membuta mata tentang keistimewaan manusia istimewa tersebut.

adakah ini dipanggil kehidupan ?
adakah adil jika sebegitu ?
kenapa mesti mengabaikan dan diabaikan ?





Monday, May 30, 2011

manusia itu manusia biasa

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 8:18:00 PM 1 kata-kata hebat !
manusia tak sempurna.
setiap manusia punya kelebihan dan kekurangan masing-masing.
DAN manusia juga punya tahap kesabaran dan kesensitivitian tersendiri.

manusia punya kekuatan.
manusia punya kelemahan.
manusia punya hati dan perasaan.

manusia ingin dibelai manja.
manusia ingin rasa kasih sayang yang tidak berbeda.
manusia ingin segalanya.

namun.
jauh di satu sudut.
punya manusia pendam segalanya.
pendam segala kesedihan dan kekurangan.
pendam segala kegembiraan dan kelebihan.

sedarlah.
sebenarnya manusia itu kesepian.
manusia itu hanya menikmati keindahan kehidupan
melalui penglihatan mata kasar.
bukan melalui rasa hati.

manusia itu simpan segala.
manusia itu senyum cuma.
manusia itu manusia istimewa.
namun.

namun manusia itu punya hati

Adat atau Trend ?

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 2:43:00 PM 1 kata-kata hebat !

Masih terngiang-ngiang janji manis yang pernah di lafazkan oleh Ikram dahulu.Kata-kata yang diselitkan janji manis untuk sentiasa bersama lenyap entah ke mana.Ikram bukan lagi seperti Ikram dahulu.Entah di mana silap Iziana secara tiba-tiba Ikram memutuskan hubungan mereka dan menganggapnya hanya seperti adik.Bingung memikirkan di mana salah silapnya.Lantas di dailnya nombor Ikram.Bergunung rindu rasanya.

“Ikram..”Iz memulakan perbualan.

“Ye Iz..kenapa call Ikram?”

Terkedu seketika.Dahulu sekiranya dia menghubungi Ikram betapa gembiranya lelaki itu.Tidak langsung di tanya sebab menelefon.Tapi sekarang?

“Ikram..apa salah Iz? Kenapa Ikram buat Iz macam ni?” Tubir matanya sudah mula menakung air jernih.Ditahan supaya tidak menitis.

“Hish..Iz,dulu Iz juga pernah cakapkan..hati dan perasaan tidak boleh dipaksa..ianya hadir dan pergi dengan sendiri..”tegas penyataan yang dikeluarkan.

Air mata yang ditahan menitis juga akhirnya.Tidak disangka kata-katanya dahulu memberikan impak yang kuat kepadanya kembali.

“Iz cuma nak tahu dimana silap Iz sampai kita jadi sebegini”

“Entah..Cuma Ikram tak dapat terima Iz seperti dulu.Perasaan Ikram untuk Iz hanya sebagai adik.Jangan tanya kenapa.Ikram sendiri tak dapat jawab bagaimana perasaan cinta itu dah bertukar kepada kasih abang terhadap adiknya.”

“Kalau itu keputusan Ikram.Iz terima” terus di matikan talian telefon tanpa memberi salam.

Ikram yang dulunya hebat di hati Iz kini hanya menjadi duri yang cukup kuat bisanya.Iz hanya mampu menitiskan air mata.Hanya itu saja cara yang mampu dia lakukan saat ini.

Satu per satu kenangan mereka terimbas kembali.Kenangan di mana hari pertama mereka berjumpa,kenangan mereka pengikat tali percintaan.Segalanya berada di layar minda.Dan ia akan hanya berada terus di layar minda,bukan lagi di alam realiti.

***

Mesti korang pernah hadapi keadaan macam kat atas tu kan ? ditinggalkan atau ditinggalkan..oke..kalau kalian jadi IZ..apa yang kalian akan buat..dan juga..adakah wajar tindakan Ikram ??


>>Adat atau Trend ??

Friday, May 27, 2011

Kuasa Tuhan : Pelangi mengelilingi Matahari

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 1:57:00 PM 3 kata-kata hebat !
pelangi keliling matahari

separuh dari pelangi

gambar penuh..subhanAllah

subhanAllah


SubhanAllah..semua kejadian Allah..dalam pukul 1.4o pm tadi ada satu fenomena di mana pelangi mengilingi matahari..Ya Allah..kuasa Allah ! masa tengok tu,takut pun ada..hari ini hari Jumaat,penghulu segala hari dan hari kiamat juga akan berlangsung pada hari Jumaat.. Sama-samalah kita muhasabah diri kembali sebelum terlewat..

ini bukan photo edit,ini gambar betul..dan mungkin pembiasan dr cahaya matahari ??


*kalau nak kongsi pic boleh..tapi mintak kebenaran dulu oke..

Thursday, May 26, 2011

Jom LIKE : Show Me Your Style 3

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 11:21:00 PM 4 kata-kata hebat !

contestant : Nurul Atiqah bt Ramli
20 tahun,Penang
hijab stlye : Lilitan Ambang Kasih :)
tarikh tutup : 31/Jun/2011

First : Like page ny dekat FB http://www.facebook.com/alhumairacontemporary

Second : like picture kat atas ny uke.. http://www.facebook.com/photo.
php?fbid=205688769466291&amp%3Bset=a.202576023110899.46448.134778679890634&amp%3Btype=1&amp%3Btheater




tolong Like oke..hehe..The new Hijab style :)

*dy nak jadi macam Hana Tajima..so jadi TajIQA :)

gudluck bestie kexen ! :)

Thursday, May 19, 2011

Ini kisah AKU

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 2:01:00 PM 1 kata-kata hebat !
aku bukan Dr Cinta.
aku bukan Sang Drama.
aku juga bukan kaki Dilema.
aku cuma AKU.

aku kadang kala paranoia,
dalam paranoia aku senyum cuma,
hanya senyum buat ku gembira,
walau ia tetap paranoia.

aku kadang kala emo juga,
aku diam seribu bahasa,
hanya jadi pemerhati setia,
kerna dari situ aku bisa bangkit semula.

aku kadang kala gembira tak terkata,
walau masalah bertimbun ada,
hanya gembira buat aku lupa,
apa itu masalah dunia.

aku kadang kala manja sentiasa,
tapi semuanya berbatas juga,
kerna ia mengajarku rindu sentiasa,

aku percaya pada cinta,
cuma ragu dalam memilih cinta,
kerna cinta aku jatuh,
kerna cinta aku berjaya.

aku cuma aku,
aku yang biasa,
aku yang tiada istimewa apa-apa,
terimalah aku seadanya.

Sunday, May 15, 2011

ini hal PERSONAL :)

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 3:34:00 PM 3 kata-kata hebat !
yup..ntah kenapa..mood kali ni rasa nak 'update' diari diri..tak nak baca,kindly klik butang close atau butang next blog kat toolbars atas..kalau nak tau..yes u may ^^

aku dilahirkan pada bulan 9,1992..dilahirkan di Bagan Speacialist Centre,Butterworth dan seterusnya di besarkan dengan penuh kasih sayang di Lunas,Kedah.

aku simple.tapi agak complicated.aku membosankan tapi aku fine-fine aja.

kawan :
aku tak memilih hal kawan.aku tak kisah kawan dengan orang miskin,kurang upaya atau sebagainya.bagi aku cukup kalau dia faham erti kawan atau sebaiknya dia faham erti sahabat.aku bukan jenis comited kawan jenis geng.aku lebih suka kalau rapat dengan geng tapi akrab dengan seorang kawan.opss ! aku bukan lesbo.cuma akrab.

diam/sombong :
aku memang diam dalam sesuatu hal atau dalam sesuatu situasi dan aku memang seorang yang sombong kalau orang tu sombong dengan aku.orang yang tak kenal aku,maybe akan anggap aku macam tu.sory sebab aku susah nak tegur someone yang aku tak kenal.what i means,sebelum jadi kawan.so hampir semua kawan aku boleh kawan dengan aku sebab diorang yang tegur aku dulu.aku memang pendiam.aku malas nak cakap.

penelitian :
aku memang suka tengok orang.yup aku stalker.tapi aku tengok untuk kebaikan.aku tengok cara percakapan.cara pergaulan.cara berkomunikasi.cara berjalan.dan sebagainya.aku suka tengok reaksi orang

lone :
aku memang type boring.aku suka sorang-sorang.aku suka jalan sorang-sorang.contoh : shopping..aku la orang yang jalan belakang sekali.aku jalan sorang-sorang sambil tengok reaksi sekeliling.aku senang macam tu.aku tak suka situasi orang ramai.contoh : consert funfair

pendengar/pendendam :
aku rasa aku seorang pendengar yang agak baik.sebab aku suka dengar masalah orang tapi tak bermakna aku suka korek masalah orang.pendendam? yes i am ^^.aku seorang pemaaf tapi bila satu tahap benda tu buat aku berubah jadi eksen kamen,maka benda tu akan janji dendam.yet,u will deserve it back.nak try?sila cuba.

warna :
aku minat merah dan obsessed dengan merah.baju,beg,cadar,deodorant,berus gigi.semuanya merah.aku suka purple.tapi tak suka kumpulkan barang yang warna purple.aku suka tengok orang gayakan warna purple.paling kurang,aku minat biru.minat merah biru.suka purple.dan blog aku purlpe-merah.

cinta :
aku rasa aku belum matang nak inrelationship.mungkin tunggu 20 atau 21.buat masa sekarang aku akan cuba kekalkan status single.tapi kalau dah terminat,tersuka,tersayang,tercinta..mungkin akan aku timbangkan..hehe

family :
aku rapat dengan maktok.mungkin dia yang jaga aku dari kecik.bukan mama tak jaga.both jaga aku.tapi aku selalu ikut mana maktok tokyah.maktok dengan tokyah yang jaga aku time mama ayah pergi kerja.aku tak kisah kalau mama cakap aku masak tak sedap,asalkan maktok kata aku masak sedap.samala kalau maktok kata aku masak kureng,tapi ayah kata sedap.aku kurang gembira dengan yang tu.yela aku faham taste beza-beza.tapi aku?aku pilih kasih?eh.tak !
aku rapat dengan kexen-kexen aku.terutamanya kexen belah ayah.dah macam geng ! alhamdulillah kami rapat ^^

manja :) :
yup itu aku.aku da typical manja.tapi hanya dengan certain orang.tak dengan semua aku manja.aku rasa siapa yang kenal aku.dia tahu aku ni typical aku apa dan aku ni macam mana :)

itula aku :) sudi-sudi la jadikan aku kawan (^,0)

Wednesday, May 11, 2011

Saleem vs Joyahsmart !

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 2:15:00 PM 2 kata-kata hebat !


Nampak tak pic print screen tu..tak nampak tu saja sangat la noh !! jap !! nampak tak tulisan dekat butang search tu ?? hoho..nampak kan ? ni la nak story mory ny !! :P

okeh.tak mau cakap banyak ! just nak habaq ceq jumpa Saleem kat battle karaokeparty.com !! hah..maw taw laa..Saleem pun masuk website tu bhaii ~!! hampa bila lagi nak tarok karok ??!

Bru ceq taw..rupanya Saleem yang lawan battles dengan ceq tu rupanya Asada..Kenai Asada ?? Tak kenal saja sangat la hampa ny..ala..blogger budak Malaysia tu..kenai??

hah ! kami dua dah buat jejak kasih via karoke..hampa bila lagi nak jejak kasih dengan kami berdua ?? free-free jom lawan battle..sapa menang Asada belanja !! haha :P

chow ~!!*still terkebil2 bila taw Saleem tu Asada !

*hampa kalau jumpa nama Saleem dengan Joyahsmart tu add la as friend naa..:D

A Piece of Mind :)

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 11:10:00 AM 1 kata-kata hebat !
mereka-kata-hati-ku

˙·٠•●❤ cinta perempuan itu diibaratkan seperti layang-layang , bila dikejar ia berlari, bila ditunggu ia menanti..manakala cinta lelaki pula adalah spt cermin.,walaupun ia tidak berbohong namun sukar utk dipercayai..Sedangkan cinta itu sendiri adalah spt sang rembulan yg menerangi kegelapan malam yg gelita tetapi sampai hati membiarkan pungguk merinduinya....♥❤●•٠·˙˙
.¸.•´♥
●/
/▌
/ \ -Aishi Teru-


~ Jodoh itu datang sendiri atau kita kena cari ?
~ Kenapa jodoh,semakin dicari,semakin lari ?
~ Cemburu itu pelengkap,terlalu cemburu itu perangkap

~ Yang mana satu lebih derita ? Didustai atau dicurangi ?
~ Yang mana satu lebih teruk ? Disakiti atau dikhianati ?
~ Yang mana satu lebih pedih ? Ditinggalkan atau diabaikan ?
~ Yang mana satu lebih tragis ? Dibenci atau dimaki ?
~ Yang mana satu lebih sukar ? Memaafkan atau melupakan ?

~ Perlukah bergaduh jika kita boleh memilih untuk berdiam diri ?
~ Sanggupkah terus berdiam diri jika masih makan hati ?
~ Walaupun kita tahu menangis tidak akan menyelesaikan apa-apa,kita tetap mahu menangis
~ Meminta maaf tidak bererti jatuh standard,malahan nampak lebih high standard kerana berani mengakui kesalahan

~ Sesungguhnya manusia itu hanya boleh mengingati dan menasihati.Tetapi hanya Allah yang memberi hidayah bagi sesiapa yang dipilih-Nya.Berdoalah agar kita semua mendapat hidayah-Nya
~ Sebelum tidur,buangkan jauh-jauh rasa benci kamu pada seseorang.Bangun pada esok hari,mulakan hari yang baru

 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea