Thursday, May 19, 2011

Ini kisah AKU

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 2:01:00 PM
Reactions: 
aku bukan Dr Cinta.
aku bukan Sang Drama.
aku juga bukan kaki Dilema.
aku cuma AKU.

aku kadang kala paranoia,
dalam paranoia aku senyum cuma,
hanya senyum buat ku gembira,
walau ia tetap paranoia.

aku kadang kala emo juga,
aku diam seribu bahasa,
hanya jadi pemerhati setia,
kerna dari situ aku bisa bangkit semula.

aku kadang kala gembira tak terkata,
walau masalah bertimbun ada,
hanya gembira buat aku lupa,
apa itu masalah dunia.

aku kadang kala manja sentiasa,
tapi semuanya berbatas juga,
kerna ia mengajarku rindu sentiasa,

aku percaya pada cinta,
cuma ragu dalam memilih cinta,
kerna cinta aku jatuh,
kerna cinta aku berjaya.

aku cuma aku,
aku yang biasa,
aku yang tiada istimewa apa-apa,
terimalah aku seadanya.

1 kata-kata hebat !:

Cik Hati said...

apapun ia... yang penting kamu adalah kamu... teruskan langkah gapai bahagia itu... :)

 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea