Saturday, December 03, 2011

Kasih Ayah

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 12:52:00 PM
Reactions: 



Everything that I have is yours
You will never go cold or hungry
I’ll be there when you’re insecure
Let you know that you’re always lovely



Bingkai gambar perkahwinan terletak elok disisi meja solek.Terpapar gambar perkahwinan mereka yang telah berusia 2 tahun.Segar di ingatan majlis perkahwinan mereka.Meriah dan berlangsung lancar.Si pengantin perempuan tersenyum sipu malu,manakala si pengantin lelaki tersenyum gembira.Senyum sampai ke telinga !

Alhamdulillah,perkahwinan mereka kekal bahagia.dan sekarang bertambah bahagia apabila mereka bakal dikurniakan cahaya mata sulung.Ya,dia hamil 8 bulan.Perut busangnya diusap lembut.Terasa gerakan bayi dalam kandungan.Tersenyum keseorangan.

" sayang,buat pe tu ? "

ciuman mesra dihadiahkan kepada isteri kesayangan.Sayangnya tertumpah kepada isterinya.Mereka bercinta sejak di alam perkuliahan dan diakhiri dengan perkahwinan.Ternyata pilihannya tidak sia-sia.

Iman Jannah,isteri yang baik,patuh akan suami,lembut tutur bahasa dan bersederhana dalam segala hal.Untung Samsul.Tersenyum sendirian mengingat kembali akan sejarah pengenalan mereka.Siapa sangka.

"abang,baby kita hari ni aktif..bergerak je..rindu ayahnya kot''
''permata ibu ayah..permata ibu ayah sihat..rindu ayah ye sayang..ayah baru balik kerja,cari rezeki untuk tampung kita sekeluarga''

diusap lembut perut isterinya.tidak sabar untuk menjadi seorang ayah.memegang tanggungjawab yang lebih berat.seorang ayah dan seorang suami.

Air mata seorang lelaki akhirnya menitis juga.Kini tanggungjawabnya hanya sebagai seorang ayah,bukan lagi seorang suami.

Isterinya berjihad untuk melahirkan permata sulung dan akhirnya isterinya meninggal,jihad melahirkan anak sulung.

Bayi sulung,Saidatul Iman dipandang sayu.Bakal dibesarkan tanpa kasih sayang seorang ibu.Kini dialah ayah dan dialah ibu.

Bayi sulungnya merengek.Seolah-olah mengerti sebak di hati ayahnya.Dia juga turut merindui ibu yang melahirkannya.

''sayang ayah..tidurlah sayang..ayah sentiasa disisimu nak..Everything that I have is yours.You will never go cold or hungry.I’ll be there when you’re insecure.Let you know that you’re always lovely''

0 kata-kata hebat !:

 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea