Wednesday, December 28, 2011

Syaitan Tolong Aku !

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 11:20:00 AM
Assalamualaikum..

.maaf sekiranya entry ini menyinggung mana-mana pihak yang berkaitan.moga entry ini dapat memberi teladan yang baik.yang baik dari Allah,dan yang buruk dari diri sendiri

Pernah dengar istilah bantuan syaitan ? dengan bantuan Allah,dengan bantuan-Nya,dengan bantuan tuhan.itu yang acap kali kita dengar.tapi dengan bantuan syaitan,pernah anda dengar sebelum ini ? tahu apa itu bantuan syaitan ? apa yang dikategorikan dengan bantuan syaitan ?

untuk memudahkan pemahaman anda.saya kaitkan dengan masalah sosial zaman sekarang.zina.

kalau orang yang dah berkahwin,ada yang bertahun lamanya terpaksa menunggu untuk mendapatkan zuriat.tapi yang berzina ? sekali melakukan perhubungan dan berjaya untuk dapatkan zuriat.tidak kah itu dinamakan atas bantuan syaitan ?

seterusnya dalam proses melahirkan anak.pada amnya kita selalu dengar susahnya nak melahirkan anak,kadangkala ibu terpaksa menanggung kesakitan selama berjam-jam untuk melahirkan anak.

tapi bagi yang berzina ? alahai,mudahnya melahirkan anak.bersalin di tandas,bersalin di bilik.tidak kah itu terlalu mudah berbanding pasangan yang sah ? dan sebenarnya itulah bantuan syaitan.

selepas bersalin,kita tengok para ibu nak berjalan pun susah.capit saja jalanya.sakit bersalin masih terasa.tapi bagi yang bersalin disebabkan berzina ?

alahai mudahnya.lepas bersalin boleh terus berjalan untuk mencari tempat yang sesuai untuk meninggalkan zuriat yang baru dilahirkan dalam tempoh yang terdekat.tidak kah itu dengan bantuan syaitan ?

Allah maha kaya,Dia mampu membuktikan yang baik dan buruk hanya dalam sekelip mata.moga kita mampu menjadi yang lebih baik dan mampu jadi yang terbaik.

1 kata-kata hebat !:

MOHD FIRDAUS RODZALI said...

heh ingat apa tadi.. nice entry..

 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea