Wednesday, December 28, 2011

Syaitan Tolong Aku !

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 11:20:00 AM 1 kata-kata hebat !
Assalamualaikum..

.maaf sekiranya entry ini menyinggung mana-mana pihak yang berkaitan.moga entry ini dapat memberi teladan yang baik.yang baik dari Allah,dan yang buruk dari diri sendiri

Pernah dengar istilah bantuan syaitan ? dengan bantuan Allah,dengan bantuan-Nya,dengan bantuan tuhan.itu yang acap kali kita dengar.tapi dengan bantuan syaitan,pernah anda dengar sebelum ini ? tahu apa itu bantuan syaitan ? apa yang dikategorikan dengan bantuan syaitan ?

untuk memudahkan pemahaman anda.saya kaitkan dengan masalah sosial zaman sekarang.zina.

kalau orang yang dah berkahwin,ada yang bertahun lamanya terpaksa menunggu untuk mendapatkan zuriat.tapi yang berzina ? sekali melakukan perhubungan dan berjaya untuk dapatkan zuriat.tidak kah itu dinamakan atas bantuan syaitan ?

seterusnya dalam proses melahirkan anak.pada amnya kita selalu dengar susahnya nak melahirkan anak,kadangkala ibu terpaksa menanggung kesakitan selama berjam-jam untuk melahirkan anak.

tapi bagi yang berzina ? alahai,mudahnya melahirkan anak.bersalin di tandas,bersalin di bilik.tidak kah itu terlalu mudah berbanding pasangan yang sah ? dan sebenarnya itulah bantuan syaitan.

selepas bersalin,kita tengok para ibu nak berjalan pun susah.capit saja jalanya.sakit bersalin masih terasa.tapi bagi yang bersalin disebabkan berzina ?

alahai mudahnya.lepas bersalin boleh terus berjalan untuk mencari tempat yang sesuai untuk meninggalkan zuriat yang baru dilahirkan dalam tempoh yang terdekat.tidak kah itu dengan bantuan syaitan ?

Allah maha kaya,Dia mampu membuktikan yang baik dan buruk hanya dalam sekelip mata.moga kita mampu menjadi yang lebih baik dan mampu jadi yang terbaik.

Friday, December 23, 2011

Teringin Nak Buat Dosa

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 7:59:00 PM 1 kata-kata hebat !
assalamualaikum..

.maaf kerana telah aku abaikan blog disebabkan kekangan masa dan hal yang perlu aku uruskan.

pernah anda terfikir untuk membuat dosa ? semestinya pernah bukan. paling kurang pun dosa-dosa kecil. apa yang mempengaruhi anda untuk membuat dosa ? adakah dari yang tersenarai ?

  1. persekitaran
  2. kawan-kawan
  3. cinta
  4. perubahan zaman
  5. trend/fesyen
  6. kehendak diri
  7. pengaruh internet
  8. terpaksa ?
  9. lain -lain
hanya anda yang tahu apa yang mempengaruhi minda anda untuk berbuat demikian. tapi sebelum anda berbuat demikian,adakah anda telah berfikir apa kesan yang akan terjadi ? kesan terhadap diri,kawan-kawan,dan ibu bapa.

sudahkah anda berfikir sebelum bertindak ? tepuk dada tanya selera.

sebelum mulut lancang berbicara,sebelum tangan galak menaip,sebelum tingkah laku mengatur perbuatan,sebelum terlambat. fikir lah. anda punya akal yang sempurna untuk digerakkan,untuk difungsikan. jangan biar otak anda berkarat tanpa digunakan lantas anda tajamkan nafsu.

#nasihat untuk diri sendiri dan kawan-kawan

Thursday, December 08, 2011

HOT STORY : JANGAN BACA

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 7:46:00 PM 0 kata-kata hebat !

finally and now. this entry appears. and now you read it. within a smile and a curious face. continue ? xpayah la. please and do click X on the top.then i will smile and thanks for your cooperation.


-------------
---
-----------
-------
---
-------------
----
------------
END
-------------
---
-----------
-------
---
-------------
----
------------

stubborn,skittish ~! nak continued jugak ? fine .kau baca kau jangan cakap aku gedik and do so ever.terdetik di hati kau,kau bitch.dare ? deal.

aku tak kasi kau baca.tapi kau sebuk jugak nak baca.tak pelah.nama pun belog kan.umum.finelah kau baca.tapi kau baca kau diam sudah.kau tak payah nak sakit hati segala bagai.aku tak nak dengar kau mendengus 'bajet shial minah ni' , 'like i care ' ,' ee..wekks'


HABIS.ENDING :) BEST TAK CERITA AKU ?

Wednesday, December 07, 2011

Rewind and Remind : Zaman Diari Berkunci

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 2:08:00 PM 7 kata-kata hebat !




Ingat lagi dengan diari berkunci ? Tipulah kan kalau korang cakap tak tau apa tu 'diari' kan.

Trend dulu, masa old school jenis diari berkunci. Alah, diari yang ada kunci kecik kaler emas tu kan ?

Diari bercorak  bunga u oolss. Rasanya diari berkunci tu layan masa sekolah rendah. Alah time baru nak naik. Baru nak kenal sikit demi sikit apa tu kawan, gaduh, mengata, geram benci, cinta, eh eh. Yeke yang last tu ? Macam macam la kan tulis dalam tu..

Page first biodata diri, pastu biodata kawan-kawan baik then baru kawan-kawan sekelas. Sibuk je pas pas diari comel  tu kat kiri kanan kawan sebab nak collect biodata kawan.

Konon nak taw birth date, nak bagi hadiah.

Konon nak tau feveret food, boleh nak order sama-sama kat kantin sekolah.

Konon nak tau hobi apa, boleh share-share.

dan lain-lain lagilah.

ada jugak yang tulis tettt dalam tu kan.. haa.. mengaku cepat !! :p

Tapi bila dah zaman sekolah menengah dah kurang dah layan-layan mood dairi ni. Sebab masa tu dah mula berjinak jinak dengan telefon bimbit. So biasalah, bila dah dapat yang baru mula la lupa 'kisah' lama yang konon-konon rahsia gila tu kan..

dan sekarang dah guna 'diari' internet.

Blog la kan. Moden dah sekarang. Cuma blog ni kita boleh hias dengan macam-macam widget. Nak letak lagu, nak letak bunga-bunga jatuh, nak letak jam.

Serbanika  boleh lah kan..

Dulu diari memang jaga gila lah. Sebab tak nak kasi orang baca.

Habis kantoi kalau ada orang baca. Dulu zaman baru nak kenal cinta. merapu habis tulis cintan cintun dalam diari tu. aiseh, tak padan dengan umur =.=

Apa pun. tu kenangan. Simpan lagi tau diari dulu-dulu tu.

Tapi diari tu diari kosong. Sayang nak guna. :D

setiap muka surat diari,punya rahsia dan cerita tersendiri :)


samalah blog, setiap entry ada kisahnya tersendiri.

ada nilai estetika kan ? :)

Sunday, December 04, 2011

contest : sweet memories wif BFF

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 10:08:00 PM 1 kata-kata hebat !



(link)




Bestie Forever =.=


#simple,elegent,superb


tagging :



Saturday, December 03, 2011

Kasih Ayah

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 12:52:00 PM 0 kata-kata hebat !



Everything that I have is yours
You will never go cold or hungry
I’ll be there when you’re insecure
Let you know that you’re always lovely



Bingkai gambar perkahwinan terletak elok disisi meja solek.Terpapar gambar perkahwinan mereka yang telah berusia 2 tahun.Segar di ingatan majlis perkahwinan mereka.Meriah dan berlangsung lancar.Si pengantin perempuan tersenyum sipu malu,manakala si pengantin lelaki tersenyum gembira.Senyum sampai ke telinga !

Alhamdulillah,perkahwinan mereka kekal bahagia.dan sekarang bertambah bahagia apabila mereka bakal dikurniakan cahaya mata sulung.Ya,dia hamil 8 bulan.Perut busangnya diusap lembut.Terasa gerakan bayi dalam kandungan.Tersenyum keseorangan.

" sayang,buat pe tu ? "

ciuman mesra dihadiahkan kepada isteri kesayangan.Sayangnya tertumpah kepada isterinya.Mereka bercinta sejak di alam perkuliahan dan diakhiri dengan perkahwinan.Ternyata pilihannya tidak sia-sia.

Iman Jannah,isteri yang baik,patuh akan suami,lembut tutur bahasa dan bersederhana dalam segala hal.Untung Samsul.Tersenyum sendirian mengingat kembali akan sejarah pengenalan mereka.Siapa sangka.

"abang,baby kita hari ni aktif..bergerak je..rindu ayahnya kot''
''permata ibu ayah..permata ibu ayah sihat..rindu ayah ye sayang..ayah baru balik kerja,cari rezeki untuk tampung kita sekeluarga''

diusap lembut perut isterinya.tidak sabar untuk menjadi seorang ayah.memegang tanggungjawab yang lebih berat.seorang ayah dan seorang suami.

Air mata seorang lelaki akhirnya menitis juga.Kini tanggungjawabnya hanya sebagai seorang ayah,bukan lagi seorang suami.

Isterinya berjihad untuk melahirkan permata sulung dan akhirnya isterinya meninggal,jihad melahirkan anak sulung.

Bayi sulung,Saidatul Iman dipandang sayu.Bakal dibesarkan tanpa kasih sayang seorang ibu.Kini dialah ayah dan dialah ibu.

Bayi sulungnya merengek.Seolah-olah mengerti sebak di hati ayahnya.Dia juga turut merindui ibu yang melahirkannya.

''sayang ayah..tidurlah sayang..ayah sentiasa disisimu nak..Everything that I have is yours.You will never go cold or hungry.I’ll be there when you’re insecure.Let you know that you’re always lovely''

Thursday, December 01, 2011

Next to You : Jorge and Alexa

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 11:51:00 AM 1 kata-kata hebat !


not more,not less.she's cute !

 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea