The deadlocks guy with the dreadlocks hair.
dia bersandar di tiang lampu.menikmati keindahan malam.keceriaan lampu jalan.lampu neon merah biru dari kedai abang burger.kedai burger seberang jalan.
matanya tertumpu kepada seorang pembuat burger.berambut perang.dreadlocks style.yang pasti manusia tersebut bukanlah warga tempatan.warga asing barangkali.tapi masih mampu bergelak ketawa,walaupun hakikatnya kemungkinan dia datang secara haram.meniaga tanpa lesen.tapi dia mampu tersenyum.
sederap langkah dia kehadapan.ke bangku yang telah tersedia.mungkin tapak kaki lepak.tumpuannya masih lagi kepada peniaga burger tersebut.hatinya menjadi cemburu secara tiba-tiba.sedangkan dirinya warganegara tapi masih gagal untuk melahirkan sebuah senyuman.sedangkan peniaga burger yang ber-dreadlocks tu mampu memberikan sebuah senyuman yang manis kepada pembeli dan anak perempuannya.anak kecil yang setia bersama ayahnya itu ceria bermain anak patung.tidak dia ketahui masalah yang mungkin dia hadapi dan sedang ayahnya hadapi.
lantas dia teringatkan anaknya dirumah.agaknya apa yang sedang dilakukan.dan sewajarnya dia bersama anaknya.bukan di kaki lima seperti ini.arghh ! dia mula mengelisah.apa yang ada pada lelaki di seberang jalan itu berbanding dia ?? kenapa lelaki itu mampu melahirkan sebuah senyuman sedangkan dia tidak mampu.
trak berwarna biru gelap berhenti betul-betul dihadapan kedai burger tersebut.dia mula marah kerana trak tersebut telah mengganggu dia dari terus memerhati.berbakul sumpah seranah dia hadiahkan.namun hanya seketika.dia terdiam bila melihat jeritan anak kecil memanggil ayahnya.
seraya dia mengecilkan matanya.untuk lebih fokus apa sebenarnya yang terjadi.apa kaitannya trak,lelaki dreadlocks hair dan jeritan anak kecil itu.selang beberapa minit.dia nampak lelaki tadi yang tangannya sedang cekap membuat burger kini digari.satu kucupan dihadiahkan kepada anak gadisnya dan pengakhirannya dengan sebuah senyuman sebelum kaki melangkah ke atas trak.
terasa sayu dihatinya melihat kejadian tersebut.tapi lelaki tersebut masih mampu tersenyum.mungkin sudah cukup bekalan yang ditinggalkan untuk anak dan isterinya.mungkin dia tahu dia bakal digari.mungkin.ya semua mungkin.
tapi itu kisah pengakhiran lelaki tersebut.apa pula kisah tentang dirinya.lantas dia mula bermuhasabah diri.lelaki itu ber-dreadlocks dan dia lelaki yang deadlocks.itu yang membezakan mereka.
lantas kaki dilangkah ke arah yang lebih bermakna.terima kasih lelaki ber-dreadlocks kerana berjaya mengubah dia.
0 kata-kata hebat !:
Post a Comment