Friday, March 02, 2012

Disaman Warden Kamsis

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 12:36:00 AM




Assalamualaikum..

Khamis.1.Mac.2012.

DISAMAN.ya itu yang berlaku SEBENTAR TADI.20 minit yang lalu.yang membezakan hari Khamis dan Jumaat.

jam menunjukkan jam 11.40 minit.langsung aku tidak perasan dengan waktu tersebut.walhal,waktu tersebut adalah waktu yang perlu pelajar kamsis sedar akan sesuatu yang perlu dilakukan.

aku sudah terbaring di katilk, setia bersama lagu Tercipta Untukku dan buku Twenty-Two Malaysian Stories.begitu juga dengan roomateku.earphone terpasang di telinga bersama novel yang menemani pembaringan.

suasana sepi.masing-masing menyelami dunia cerita rekaan mengikut bahan bacaan yang dipilih.tatkala itu,terdengar pintu bilik diketuk berkali-kali.

lantas ku bersuara
''mira,tu mesti kak izah..'' sambil memainkan isyarat mata agar dia saja yang bangun untuk membuka pintu.
"kejap eh.." Mira bangun sambil ketawa.

masing-masing tidak endah dengan ketukan pintu yang menganggap bahawa ianya adalah kak izah.akak bilik selang 3 buah yang sering menjenguk ke bilikku dan merangkap classmate.

Mira masih sempat bergurau sebelum membuka pintu.
"alamak,pintu terkunci la..tak boleh bukak '' ketawa mengiringi sambil tangan mula membuka pintu.

Disaat pintu terbuka :

'' dah 2 minggu saya tak round block.kamu berdua kena saman.dua-dua saya saman.kesalahan tidak menutup  lampu tidur selepas jam 11.30 malam.sila tulis nama dan num matrik.penjelasan saman boleh dibuat di pejabat kamsis '' lantas buku nota berwarna kuning bertukar tangan.

dan kini,Mira tanpa kata mengikut apa yang disuruh.

aku ? masih di pembaringan kerana terpaku.dengan lambat aku bergerak bangun dan mencapai cermin mata yang terletak di penjuru meja study.ku tulis nama ayahku dan num matrikku kerana namaku telah pun Mira catatkan.cuma perlu dilengkapkan.

selepas menulis aku menoleh kebelakang.alamak !cik siti dan berada betul-betul dimeja study ku.bila dia masuk bilik ? entah. soalan pertamaku yang ditanya adalah

"peralatan elektrik dah daftar ?''

aku terdiam.
di beleknya water heater dan iron yang berada di atas meja.

Fuhh..nasib aku dah daftar.TAPI..

Tupp ! tangannya merayap ke komputer ribaku.dibelek di bahagian belakang.

"kenapa tak daftar laptop ? nak kena saman lagi ?? ''

wajahnya tidak berani ku pandang.hanya bibir mengatur bicara.

"cik,sticker yang lagi satu sy tertinggal kat rumah..sebab lepas daftar sy terus balik rumah hari tu "

entah bagaimana alasan itu muncul aku pun tak tahu.

"alasan lagi kamu ni..hahh kamu..kamu pun tak daftar lagi laptop ?? "

dia kembali menyoal Mira.Mira memandangku.

"err..saya pun follow dia hari tu cik..tertinggal jugak '' Mira kelentong.seperti aku

"minggu depan saya nak buat spotcheck.pastikan dah berdaftar ''

dia keluar dari bilik bersama buku notanya.sebelum berlalu,dia sempat berpesan

"padam lampu ! guna lampu study sahaja ! ''

_______________________________________________________

pintu ditutup.dikunci.diselak.
lampu utama dimatikan.lampu stdy dihidupkan.

masing-masing masih terkedu.aku dan Mira masih membisu.masih terkejut dengan apa yang berlaku.Siapa yang tak takut dengan CIk Siti Warden ?? Cuba angkat tangan !

Dan dalam sejarah ! Cik siti siap masuk bilik aku lagi.Adakah kami insan terpilih ? entah.




2 kata-kata hebat !:

H said...

haha baru jumpa tempat komen . haha

Kyra Ismera said...

haha..sory dear..xperasan setting =.=

 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea