Monday, June 25, 2012

Cerpen : Bukan Takdir Seketika ( part 1 )

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 2:58:00 PM
cinta itu comel


L
eka Liyana Humaira memerhatikan sekumpulan pelajar yang rancak berbual dan bergelak ketawa.Langsung mereka tidak pedulikan bunyi bising yang dihasilkan oleh roda komuter yang galak bergeleseran.Apa yang mereka ketawakan pun tidak pasti.Mungkin sesuatu yang buat hati mereka tercuit lucu.Dipalingkan ke hadapan,melihat bangunan yang tersergah di kota bandaraya.Namun,ianya tetap tidak berjaya menenangkan hatinya.Hatinya gusar,jiwanya resah.

“Wey,keychain aku hilanglah.Ala..spoil mood lah macam ni !”gadis yang bertocang kuda gelisah seketika.Di toleh kiri kanan atas bawah,sekitar tempat duduknya.Mencari barang yang hilang.

“Keychain yang mana hilang Eisya ?” tegur  lelaki yang dari tadi hanya berdiam diri memerhatikan gelagat rakan-rakannya.Turut sama dia memanjangkan leher kiri kanan atas bawah mencari barang yang hilang.

“Keychain tu ada tulis nama Eisya,yang warna unggu pink tu” gelisah di wajahnya kian terserlah.Air mata sudah mula bergenang.

Humaira semakin pelik.Hanya kerana keychain yang seberapa harganya gadis itu sanggup bersusah payah mencari ? Hinggakan air mata gadis tu sudah mula menunjukkan tanda-tanda mahu banjir.Mahal sangatkah keychain tu ? Ala,ChowKit banyak.Susah sangat pasar malam dekat taman aku tu pun ada jual.Siap boleh tawar harga lagi.Nak letak nama depan belakang pun no problem.

“Eisya jangan nangis ya,nanti kita cari.Mungkin terjatuh kat sekolah tadi” sambut lelaki tadi.

Monolog Humaira tentang pasar malam yang menawarkan keychain tadi terus lenyap entah kemana.Lelaki tadi memujuk lembut.Kekasihnya barangkali.

Alahai lembutnya mamat tu pujuk.Baru sekolah menengah,kalau dah besar nanti macam manalah agaknya cara dia memujuk.Cair taik telinga mungkin.Segaris senyuman terlakar kasar.

T
erlintas di fikiran Irdina untuk bertanyakan kes Dato Ramli yang sudah lama terbengkalai.Dahulu masa sebutan kes diadakan,kes itulah yang menjadi topik perbualan hangat.Siapa tidak kenal Dato Ramli,Pengusaha KM Square.Tapi sayangnya dia dituduh dalam kes rasuah.Kes yang dipegang oleh Liyana Humaira.

“Maira,apa dah jadi dengan kes Dato Kepayat tu ? Menang ke Kalah ?” Irdina menggantikan nama Dato Ramli kepada Dato Kepayat.Entah dari mana munculnya nama tu pun tak tahulah.Liyana Humaira yang gelarkan Dato Ramli sebegitu.Bila disoal mengapa Dato Kepayat.Hanya jungkitkan bahu sebagai jawapan.

“Kes tu pihak lawan tarik balik.Katanya nak selesaikan secara individu.Aku pun tak faham dengan dunia bisnes ni..Mulanya bukan main lagi pihak lawan nak ketengahkan benda ni.Alih-alih diorang jugak yang tarik balik kes tu” dengusan kecil terlahir.Penat dia memikirkan apa sebabnya.Untuk mengoret lebih lanjut,itu bukan lagi bidang tugas dia.

“Biar betul ? Macam tak percaya je Dato Amir Nufail tu tarik balik.Dia tu kan seorang yang tegas.Pantang ada yang salah.Mesti di cari akar umbi permasalahan itu timbul.Masalah rasuah kali ni bukan sebarang kes,tapi ditarik balik.Mesti ada sesuatu kan ?” Irdina membalas pandangan Liyana Humaira.


Sudah 3 tahun mereka terlibat dalam kencah dunia guaman.Macam-macam kes yang mereka dengar.Macam-macam kes yang telah mereka selesaikan.Tapi entah mengapa kes Dato Ramli jugak yang menarik minat mereka berdua untuk mengupas lebih lanjut.


Z
afran membelek fail yang ada ditangannya.Fail projek dengan Syarikat KM Square.Permintaan untuk bekerjasama dalam projek bersama semakin tinggi.Mungkin hikmah ayahnya menarik balik kes rasuah tersebut.Tiada apa yang perlu ditelingkahkan apabila Dato Amir sendiri dapat menyelidik hal sebenar yang berlaku.Rupanya ada orang dalam dari syarikat saingan cuba merosakkan perhubungan baik antara Syarikat  I-My dan Syarikat KM Square.


Sifat baran Dato Ramli sudah pun diketahui ramai.Sifatnya pantang dicabar dan ego yang tinggi akan membuatkan ramai pihak gerun terhadapnya.Atas kelemahan tersebutlah syarikat kelolaan Adam Fairuz cuba mencucuk jarum agar perhubungan ayahnya dengan Dato Amir renggang lantas merugikan kedua-dua pihak.

“Adam Fairuz !” lantang pengetua andartu itu ‘menyeru’.
“Saya belum pekak lagi Puan,tak payah la Puan nak jerit bagai..bingit tahu tak..patutla tak kahwin sampai sekarang..eh bukan puan..cik..maafkan saya” sinis kedengaran di telinga Puan Hazidatul Aiman.

Memang sepatutnya gelaran yang sesuai adalah cik tapi memandangkan status yang dipegangnya adalah pengetua,lantas penggunaan Puan digunakan atas urusan yang melibatkan profesionnya.

“Pandai kamu menyusun bicara ya..Kenapa tak masuk kumpulan pidato sekolah ? boleh jugak kamu menyumbang jasa..sumbang pingat dari kamu menyumbang peningkatan dalam kes disiplin.Buat malu sekolah je.Bila kamu nak berubah Adam Fairuz b Kamaluddin ?” sinikal juga yang dibalas.Adam Fairuz  bukan sebarang pelajar,prestasi akademiknya boleh dibanggakan setanding dengan masalah disiplinnya.

“Buat apa masuk debat.Tu si Maira tu ada..menyakitkan hati je puan..kalau puan nak saya masuk bertanding untuk pertandingan akan datang..saya setuju,tapi dengan syarat Maira dibuang dari kumpulan yang bakal mewakili sekolah..boleh ?” matanya dikejit nakal.Tangan memeluk tubuh.Seolah seseorang yang harus dihormati dan sentiasa dimerlukan.Perasan.

“Tak payah la kamu nak mengayat saya Adam.Saya dah faham sangat tektik kamu tu.Kalau betul-betul kamu nak join pertandingan tu dah lama kamu masuk.Tak hiraukan si Maira tu masuk atau pun tidak.Nak dajalkan orang number satu.Sudah,saya tak nak dengar semua tu..Saya dapat laporan kamu melakukan 2 kesalahan disiplin yang berat.Sebagai hukuman,kamu akan dirotan masa perhimpunan sekolah..kedua kamu dikehendaki melakukan kerja amal selama 2 minggu berturut-turut.”Pedas bunyinya.Siapa sangka seorang pengetua akan berkata begitu.Agaknya mungkin itulah sebab utama kenapa dia tidak bertemu jodoh.Garang dan berbisa.

“Puan..apa pulak ? apa yang saya dah buat ? kerja amal sudahlah.Tak payah la nak rotan dekat himpunan.Malu woo.Jatuh macho saya nanti.” Gelisah di hati hanya dia yang tahu.Apa kata Nisa nanti.Aduh.Musnah semua rancangan.

“Alasan tidak diterima..kamu dah buat budak junior kamu masuk hospital,kamu dah buat kerusi sekolah patah..jadi kamu harus bertanggungjawab atas segalanya.” Malas hendak melayan kerenah yang satu ini.Lagi dilayan lagi menjadi bahasa pidatonya.


Ada saja hujah untuk menangkan diri.Tegakkan benang yang memang basah tak kering-kering.

H
idayati Hanisah.Seorang yang lembut budi bicaranya.Manis senyumannya.Baik pekertinya.Seindah nama dan maksudnya.Petunjuk Allah dan yang takwa maksud disebalik nama.


Gadis yang menjadi pujaan ramai lelaki termasuk gangster sekolah,Adam Fairuz.

Masa rehat tadi digunakan  untuk membalas dendam.Juniornya Khalif Imran cuba untuk mengayat Nisa buah hati tak berlesennya.Senyuman Shah Rukh Khan yang Khalif berikan kepada Nisa membuatkan hatinya panas.Ditambah pula apabila Khalif memberikan bungkusan hadiah kepada Nisa.Terus menggelegak hati remajanya.

“Kau Nampak tak si Khalif tu ?” mata tajamnya menikam susuk tubuh yang sedang membeli makanan.
“Ha apasal ? Apa lagi kau nak buat kali ni ? Aku dah cuci tangan bro ! serik !” sudah malas dia ingin bersengkokol dengan Adam.Dia tekad untuk belajar bersungguh-sungguh bukan lagi berdrama hero di sekolah.
“Pengecut la kau Man ! Puihh ! Cuci tangan konon.Kau tunggu.Kau tengok !” dengusan keras ditinggalkan buat si kawan.Marahnya semakin membuak-buak.Kakinya laju ke arah orang yang disebutkan sebentar tadi.

Nahas kau jantan ! Berani sangat sentuh cikaro aku.Bermonolog sebelum rancangannya dilakukan.

“Arghhhhh !!! Sakittnya Ya Allah !!”

..bersambung..







0 kata-kata hebat !:

 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea