comel kan budak ni ?impression bebeh ! |
Terfikir sejenak tentang pemikiran atau pandangan kita antara manusia dengan manusia.
Pernah tak anda terfikir hal ini.
Kita sering kali menilai seseorang itu melalui kata-kata yang kita dengar berbanding kita cuba untuk mengenali siapa dia sebenarnya.
Kebanyakkan manusia zaman sekarang sangat mudah menilai orang lain. Kalau buruk kata orang, maka buruklah dia menilai. Jika baik kata orang, maka baiklah dia menilai.
Pernahkah kita cuba untuk mengenali seseorang itu dengan sendiri berbanding mempercayai kata-kata di sekeliling ?
Mudah kan manusia. Geram apabila segelintir manusia yang sering kali mudah menilai seseorang dengan hanya mendengar kata-kata yang berterbangan tanpa ada bukti yang kukuh.
Mudah kan manusia. Menjatuhkan maruah orang lain hanya melalui sekilas pandangan.
Pernahkah mereka selidik terdahulu apa yang didengar.
Apa yang di nampak.
Apa yang di nampak.
Enak mulut mengatur bicara, mengata yang bukan-bukan sahaja sedangkan ia dusta belaka.
Benarnya itu adalah manusia.
Manusia yang punya hati busuk.
Manusia yang mungkin tiada pendirian dalam hidup.
Kerana lebih rela mempercayai membabi buta berbanding usul periksa.
Kerana lebih rela mempercayai membabi buta berbanding usul periksa.
hakikatnya itu manusia.
Untuk manusia sebegitu.Tahniah kerana engkau buat mereka yang dicerca lebih berjaya
Untuk manusia sebegitu.Tahniah kerana sering kali percaya tanpa usul periksa.
Untuk manusia sebegitu.Tahniah kerana terus bangkit tanpa menghiraukan kata-kata mereka.
0 kata-kata hebat !:
Post a Comment