Cinta perlu dicari |
T |
atkala itu semua mata terpandang akan satu arah yang menghasilkan bunyi yang tragis.Sehinggakan Makcik Bedah yang tengah goreng mee pun turut terbantut gorengnya.Tragis benar bunyi yang baru didengarnya.Gempa bumi kah ?
“Cikgu tolong saya,saya dah tak boleh bangun..perit sangat rasanya cikgu”Khalif menyeringai sakit.Tangannya yang tadi memegang bihun sup tertumpah.Bertambah malang apabila kuah sup yang panas tu tertumpah di paha kanannya.Sudahlah punggungnya baru saja menghentak permukaan bumi.Paha pulak sudah merasa panas kuah sup.Benar kata orang malang memang tidak berbau.Tapi masih boleh dihidu.
“Macam mana kamu boleh jatuh ni Khalif ? Ya Allah budak ni..boleh patah tulang pinggul tau tak..Haa Haizam tolong saya papah si Khalif ni ke kereta..kita bawa dia ke hospital..yang lain boleh pulang ke kelas..Siapa yang ingin memberi maklumat tentang perkara ini boleh jumpa saya selepas tamat kelas sesi pagi” Cikgu Umair sudah bertukar nada percakapannya pada akhir kata-katanya.Dia tahu angkara siapa sebenarnya.Sudah 5 tahun dia menjadi guru disiplin sekolah.Asam garam anak muridnya telah dia tahu.
Akibat insiden tersebutlah Adam Fairuz didenda semasa perhimpunan sekolah.Matanya masih liar mencari gadis pujaan hati di khalayak ramai.Namun pencariannya gagal.Walaupun dia malu tetapi hatinya rasa puas apabila dia mendapat tahu bahawa Khalif terpaksa bermalam di hospital akibat keretakkan tulang pinggul.
T |
elefon yang berdering di meja sebelah menggangu konsentrasi Liyana Humaira dalam menguruskan dokumen kes Dato Sibalakuman.Dikerling ke meja sebelah,tiada orang rupanya patutlah dari tadi asyik berdering sahaja.Kepalanya dipanjangkan ke arah pantry mencari sahabat yang hilang entah kemana.Telefon menjerit lagi lantas tangannya pantas menyahut panggilan tersebut.
“Syarikat Guaman Gee Anisah,boleh saya bantu ?” suaranya dilunakkan gaya penyambut telefon bertaraf 5 bintang.
“Boleh saya bercakap dengan Cik Liyana Humaira?”suara ditalian memberi respon.
Liyana Humaira menjenguk kembali ke mejanya.Telefon di meja Irdina yang berdering tetapi dia yang dicari ? Atau dek kerana terlalu leka menyusun dokumen sehingga dia tidak perasan bahawa telefon di mejanya berdering.Ahh tidak mungkin.
“Hello ? Hello ? Boleh saya bercakap dengan Cik Liyana Humaira ?” sedikit tegas berbanding tadi.Masih bertanyakan soalan yang sama.
“Ia saya bercakap,boleh saya bantu encik ?”rasa bersalahnya menebal kerana mengabaikan soalan yang ditanya oleh klien tadi.
“Saya Zafran Nufail”sepi.
Zafran Nufail ? Anak Dato Amir Nufail ke ? Ke Zafran Nufail pengawas nerd sekolah aku dulu.Eh tak kan pengawas nerd nak call aku ? Tapi suaranya macamm..
“Er boleh saya bantu ?”Liyana Humaira mencecah kesunyian.Hatinya secara tiba-tiba berdegup pantas.Kenapa ?
“Saya anak Dato Amir Nufail.Ingat lagi kes rasuah yang ditarik balik ?” suara tadi bersuara tapi seolah-olah ditahan-tahan.
“Ya saya masih ingat lagi kes tu.Saya peguam yang terlibat dalam perbicaraan tersebut..untuk makluman Encik Zafran kes tu sudah ditutup atas persetujuan pihak makhamah dan kedua-dua pihak.”Benar.Kes itu telah ditutup tempoh hari.Tapi kenapa pemanggil di talian ni seolah – olah ada sesuatu tidak kena dengan kes tersebut.Nak buat sebutan kes semula ke ? Eh mana mungkin.
“Sebenarnya saya telefon bukan hendak bicarakan soal kes tu tapi soal individu.Boleh kita berjumpa?”
Hati perempuannya dirombak resah.Hal individu? Kenapa ?
1 kata-kata hebat !:
ok nk tnggu part 3 pulak..
Post a Comment