Monday, August 13, 2012

Surat Untuk Awak

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 10:55:00 PM
Reactions: 



Assalamualaikum,




Awak..awak baru je marah saya tadi..Ayat-ayat awak buat saya rasa pedih sangat.Awak dah banyak berubah.Kenapa awak ?

Awak,kata-kata awak tu tetap jelas pada pendengaran saya.Walaupun perlahan,saya tahu.Itu juga merupakan permintaan awak kan ? Awak nak saya jauhhh dari awak kan ?

Awak,saya sayangkan awak.
Sayang sangat awak.

Awak,saya tahu awak marahkan saya.Sebab saya tak melawat awak di hospital hari tu.
Masa tu awak masuk wad sebab eksiden,buah pingang awak rosak.Nasib baik ada penderma tu kan awak.

Awak,sebenarnya.
Saya lah yang derma buah pingang tu kat awak.
Tapi saya minta doktor dan keluarga kita rahsiakan.
Sebab saya tak nak awak risau tentang saya.

Awak,maafkan saya.
Sebab tak datang jenguk awak.
Sebab saya pun masih di katil hospital bercadar putih tu.
Di hospital yang sama dengan awak dan.
Masih memakai baju hospital.
Sebab tu saya tak dapat melawat awak.
Maafkan saya wak..

Seminggu lepas tu saya dah rasa ok.
Saya gagahkan diri tukar pakaian.
Sebab nak jalan tanpa kerusi roda dan baju hospital untuk melawat awak.
Perit sangat luka tu awak.
Tapi saya tahankan sebab rindu sangat nak melawat awak.

Saya jenguk katil awak.
Ramai kawan-kawan awak datang.
Muka awak riang sangat.
Dr. pun cakap buah pingang saya serasi dengan darah awak
dan boleh terima dengan baik.

Saya masuk wad tu.
Semua kawan-kawan awak pandang saya.
Muka kurang senang aje lagaknya.
Tapi saya tak kisah.
Sebab saya nak melawat awak,bukan diorang.

Tapi masa tu saya tengok,ada seorang gurl tengah suap awak makan.
Awak senyum aje dekat gurl tu.
Saya yang kat sebelah ni awak buat tak tahu je.
Mungkin awak marahkan saya sebab tak jenguk awak.

Tapi spe gurl yang suapkan awak tu wak ?
Awak nampak gembira je.

Saya berdiri je tepi katil.Tapi awak jeling.
Awak,sedih sangat rasa hati saya awak.

Lepas tu saya terus keluar dari wad kan ?
Bukan sebab tak nak jenguk awak.
Tapi saya rasa sakit sangat dekat tempat luka tu.
Saya dah rasa basah dekat baju.
Saya taw tu darah.

Sebab tu saya terkocoh-kocoh keluar.
Tak nak awak nampak darah tu.
Tak nak awak sedih tengok saya sakit.

Tapi awak macam tak kisah je masa saya pergi tu.
Awak siap belai-belai rambut gurl tu lagi.

Awak,kenapa buat saya macam ni ?

Awak,sebenarnya..antibody saya memang lemah.
Peluang untuk hidup lepas buat pemindahan buah pingang untuk awak tu
hanya 80% je.

Saya ingat saya boleh bertahan sebab saya ada awak.
Tapi awak macam tak perlukan saya je.
Saya pun rasa macam dah kehilangan awak yang saya kenali dulu.

Saya tak tahu kenapa saya tulis surat ni untuk awak.
Saya tak harap pun awak baca surat ni.
Sebab saya tak nak awak tau sebenarnya buah pingang yang ada pada awak tu buah pingang saya.

Awak,saya ikhlas dermakan buah pingang tu.
Sebab saya terlalu sayangkan awak.

dan saya tau.
Awak tak akan baca pun surat ni,
yela..untuk apa awak ingat saya sedangkan awak dah temu kebahagian awak sendiri.

Awak,sebenarnya saya meniti hari je kat dunia ni.
Sebab tu saya telefon awak tadi.

Saya rindu sangat nak panggil awak 'sayang'
saya rindu sangat nak dengar awak panggil saya 'sayang'

Tapi tadi..
saya baru panggil awak 'sayang'
awak cakap 'pergi mampos la dengan sayang tu'

awak,memang awak maksudkan ke ?

menitis air mata saya awk.
cepat-cepat saya matikan panggilan.
sebab tak nak awak dengar saya menangis.

Awak,selamanya saya di hospital.
Hanya teddy bear yang awak bagi tu saya jadi tempat lepaskan rindu.
Kalau teddy bear tu boleh bercakap,
mesti dia bagitau satu dunia yang dia rimas saya asyik peluk dia.

xpela awak,saya tulis panjang-panjang pun.
awak tetap bahagia dengan dia,
saya doakan kebahagian awak.

awak,mungkin itu ayat terakhir yang saya akan dengar dari awak.
dan awak beruntung sebab Allah bakal makbulkan doa awak.

Awak,izinkan saya pergi bersama kenangan kita dulu ?
hanya itu je harta yang saya ada selain doa dan taubat buat bekalan kat sana.

Awak jaga diri baik-baik ye.
Saya sayang awak sangat-sangat.


7 kata-kata hebat !:

gigiAriEma said...

sedehh nye.. cerita kyra ke ni??

Kyra said...

yup :)

Cik Uni said...

sedihnya.. T_T
apa ek reaksi llaki tu bila baca surat ni..
mesti mnyesal sgt sgt..
Oh, ya..
Minta izin baca blog ek.. :)

Kyra said...

@cik uni :baca la syg :)

Anonymous said...

sdeh la..smoga awak sentiasa tabah..

Kay Sablihan said...

best sangad.! well done :)
facing same problem..
tapi tadela derma pape organ lagi..huhu

Kyra said...

@kay sablihan

facing same problem ??
sedihnya..kongsi laa..

 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea