Ada Jerry ada Tom,
Assalamualaikum.
Perasaan ini. Entah apa puncanya. Entah apa penyebabnya. Mereka bingung. Masing-masing bingung.
Terdiam mereka bila perasaan ini muncul. Hendak diherdik, dia tidak berbicara. Hendak dicaci, dia bukan puncanya. Apa seterusnya ? Hanya Redha dan Tawakal pengubat caranya.
Yang pasti. Terselit seluruh bahagia tika bersama. Terasa gembira tatkala lihat senyum tertawa. Terasa hilang bila tiada seminit cuma. Hilang ? Satu lagi perasaan aneh yang kini hadir.Dan mereka. Kembali bisu.
Perasaan sememangnya aneh. Aneh bila enggan jauh. Aneh bila rasa melekat sentiasa.
Namun, disudut kegembiraan mereka. Terselit perasaan aneh, pada satu kelibat yang jauh. Kelibat yang dahulunya bahagia seperti mereka. Perasaan ini kembali bercampur aduk.
Dia toleh disisi, melihat perasaan yang hadir itu. Dia juga tidak mampu bersuara, apatah lagi bertindak menjangkau segalanya.Dulu perasaan itu yang kecapi segalanya. Namun sekarang bahagianya, dia yang rasa.
Sebelahnya gembira tersenyum bahagia.Dia peluk perasaan itu.Digenggamnya kuat.Agar dia sahaja yang memiliki perasaan itu.Dia kembali toleh kepada perasaan itu. Maaf, gagal untuk bersama. Maaf kerana bahagia itu terlalu indah hingga dia tidak mampu mencampuri segala perasaan aneh yang lain.
Kelibat perasaan itu sedih. Maaf bahagia utuskan buatnya. Doakan kebahagian kekal bersama,sentiasa.
lets grow old together,sayang :) |
1 kata-kata hebat !:
This is a good blog message, I will keep the post in my mind. If you can add more video and pictures can be much better. Because they help much clear understanding. :) thanks Cavalieri.
Post a Comment