Friday, January 10, 2014

Manusia yang Suka Menghukum.

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 9:26:00 PM
Reactions: 





bismillah.

Sihat kalian kalian sekalian ? 

Panjang sikit mukadimah untuk hari ni, rasa nak baca boleh teruskan. Kalau rasa malas, boleh klik button merah kat hujung kanan sekarang. Silakan.

Emosi agak terumbang ambing untuk hari. Tanpa punca, cuma hasil dari pemerhatian, terus hati ikut terdetik beremosi sama.

Bukannya apa, stress bila tengok mangsa tempias. Maksudnya, orang lain yang salah, orang lain yang kena. Orang lain yang stress, orang lain yang dijadikan tempat luahan sumpah seranah stress. Sangat tak adil.

Sangat benci bila orang suka menghukum tanpa usul periksa, tanpa cuba memahami isi hati dan masalah yang melanda. Adil kah begitu ?

Cuba anda berada dalam situasi mereka dahulu, fahami kehendak dan masalah yang berlaku. Ini tidak, tanpa apa-apa, terus menghukum, mengata, mengeji buta.

Anda, telah membebankan lagi mereka. Anda, buat mereka rasa tersisih dengan dunia. Anda, buat mereka rasa sedih berduka. Puaskah hati anda ?

Sedih bagi aku bila melihat situasi luar biasa yang dianggap biasa pada mata dunia. Hidup dalam budaya tindas menindas, hidup dengan jayanya meletakkan hukuman tanpa usul periksa. Don't judge !

Siapa kita yang layak untuk menghukum manusia itu ini ? Sudah cukup sempurnakah kita ?

Berubahlah, cuba untuk fahami sebelum membuta tuli mencanang maki.

2 kata-kata hebat !:

TeTo YakSa said...

Sabar kunci segalaNya.. hehehe

Kyra said...

thanks :')

 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea