Thursday, August 28, 2014

Resipi Chocolate Moist Cake Senang dan Sedap

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 1:22:00 AM





A.w.b.t

Ehem.. Tadi petang buat Chocolate Moist Cake with Cream Cheese Filling. Bukan makan pun sebenarnya, tapi seronok nak buat, seronok tengok orang, seronok tengok orang puas makan.

Alhamdulillah, resipi ni dah lama guna. Lagi lagi dekat ganache tu.. umphh.. berkilat, pekat and yummy !

Ayuh mulakan !



Bahan A :


1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1 cawan gula 
1/2 cawan susu pekat

Bahan B :


1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh bikarbonat
1 sudu teh asen vanilla
3 biji telur

Cara-cara memasak :


1. Masak kesemua Bahan A sehingga sebati ( tak nak berketul ). Sejukkan
2. Pukul telur sehingga kembang ( kelihatan buih-buih putih)
3. Masukkan Bahan A yang telah dimasak.
4. Masukkan tepung yang telah diayak bersama bikarbonat
5. Kukus selama 1 jam 10 minit. Pastikan air didih tu dah mendidih panas kukus.

*pastikan loyang ditutup dengan aliminium foil/plastik/kain supaya wap air tak masuk.
*jangan buka penutup pengukus semasa memasak.

Susu cair boleh digantikan dengan susu tepung tapi bukan Anlene ye.
Gunakan 3 scoop untuk bancuhan susu tepung.

Sukatan gula dan susu boleh diubah suai mengikut selera masing-masing.


Chocolate Ganache :


1. 300gm coklat
2. 1 sudu besar susu pekat
3. 1/2 cawan susu cair
4. 2 sudu butter
5. 1//4 cawan air panas

Cara memasak :


Kaedah double boiler.


1. Masukkan susu cair dengan susu pekat. Kacau hingga sebati.
2. Masukkan coklat yang dipotong dadu sedikit demi sedikit.
3. Kacau sehingga sebati.
4. Matikan api, masukkan butter.

adunan ganache yang pertama tu boleh la tuang sedikit demi sedikit ke atas kek supaya ganache boleh menyerap masuk ke dalam kek.

Tinggalkan separuh ganache untuk topping.

1. Lebihan ganache tadi, masak kembali kaedah double boiler, masukkan air panas.
2. Kacau hingga pekat.
3. Tuang atas kek sebagai topping.

Cream cheese boleh dapatkan di kedai kek. Masukkan dalam piping bag dan hiaskan di atas kek.

Kalau tak nak cream cheese pun boleh, taburkan chocolate rise atau chocolate chip atau yang bersesuaian sebagai perhiasan kek.


hmm, tangan ambe keras, tak reti nak bagi cun cun. Lebihan ganche tu agak comot sikit. Nanti korang pepandailah adjust bagi molek molek ye.





shinning tu yang cantik. Senget benget tu abaikan lah. Nak masuk perut jugak kan ? Iye dok ?


7 kata-kata hebat !:

Mr. Asada said...

macam senang je nak buat.. tapi saya nak makan je boleh x?

poskan please... lalala~

Kyra Ismera said...

Atete Asadaa.. pos ye ?

Payment double lah.. boleh ?

Alah, mintak je cik isteri buatkann.. Baru sewittt :D

Mudah cepat dan senang !

Busyra Takiyudin said...

waa. sedap tuuu

Kyra Ismera said...

Boleh la cuba nanti :)

pastu boleh kongsi kat sini kan.. hehe

Unknown said...

uh sedap2.. dah penah try resepi ni jugak... sudi2 lah singgah teratak usang sy.. budak baru belajar http://hidayuayumie.blogspot.com/

Miss Sasu said...

salam perkenalan..

jemput ke blog saya

Unknown said...

macam best jer....nak try la resepi kyra pulak harap lebih moist...:)

 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea