Friday, December 23, 2011

Teringin Nak Buat Dosa

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 7:59:00 PM
assalamualaikum..

.maaf kerana telah aku abaikan blog disebabkan kekangan masa dan hal yang perlu aku uruskan.

pernah anda terfikir untuk membuat dosa ? semestinya pernah bukan. paling kurang pun dosa-dosa kecil. apa yang mempengaruhi anda untuk membuat dosa ? adakah dari yang tersenarai ?

  1. persekitaran
  2. kawan-kawan
  3. cinta
  4. perubahan zaman
  5. trend/fesyen
  6. kehendak diri
  7. pengaruh internet
  8. terpaksa ?
  9. lain -lain
hanya anda yang tahu apa yang mempengaruhi minda anda untuk berbuat demikian. tapi sebelum anda berbuat demikian,adakah anda telah berfikir apa kesan yang akan terjadi ? kesan terhadap diri,kawan-kawan,dan ibu bapa.

sudahkah anda berfikir sebelum bertindak ? tepuk dada tanya selera.

sebelum mulut lancang berbicara,sebelum tangan galak menaip,sebelum tingkah laku mengatur perbuatan,sebelum terlambat. fikir lah. anda punya akal yang sempurna untuk digerakkan,untuk difungsikan. jangan biar otak anda berkarat tanpa digunakan lantas anda tajamkan nafsu.

#nasihat untuk diri sendiri dan kawan-kawan

1 kata-kata hebat !:

 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea