Thursday, January 26, 2012

Mencarut Soal Kehidupan

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 4:10:00 AM
assalamualaikum..

aku kembali mencarut selepas mata gagal menjalankan amanahnya apabila tibanya waktu malam.carutan aku carutan kehidupan.hanya perkongsian bersama.

sengaja aku menggunakan perkataan 'mencarut' sedangkan tiada apa yang cuba aku carutkan.hanya omong kosong tentang perspektif kehidupan manusia melalui memikiran aku.

Hipokrit.
mesti kau sudah faham benar bukan ? kau tahu apa itu hipokrit ?
sebenarnya aku benci hipokrit.tapi kadang kala aku boleh menerima hipokrit.gilakah aku ? kurang waras ?

hanya aku yang ada jawapun tersebut.bukan doktor yang berkelulusan tinggi.

apa yang aku benci adalah bila ada saja yang mengamalkan prinsip 'cakap tak serupa bikin '
mau saja aku panggil bodoh cerdik.
kau tahu kenapa ?
bodoh kerana menggunakan prinsip tersebut sebagai pegangan hakiki dan cerdik kerana terlalu pandai mengatur ayat sampai sering kali orang menyebut-menyebut prinsip tersebut.

pada aku,aku lebih suka tipikal 'bikin,tapi tak cakap'
maksudnya kerja kau beres tanpa kau bermegah.aku memang respect sekiranya kau mampu.tapi aku faham.tiada manusia yang lari dari kekhilafan,termasuk aku sendiri.

'cakap macam tin kosong' - CMTK
itu peribahasa yang aku sendiri rekakan.kenapa ? kerana bagi aku memang wujud sebegitu.
dasarnya dia memberi nasihat kepada orang lain.ya itu baik.
tapi yang kurangnya bila hakikatnya apa yang dinasihatkan itu tidak diaplikasikan kepada diri sendiri.

sebagai contoh :
hamba CMTK - dik,bertudunglah..jangan kau goda golongan ajnabi dengan mendedahkan auratmu
#sejuk telinga kau dengar bukan ? tersentuh untuk berubah bukan ?tahniah kerana nasihat berjaya diterima.tapi hakikatnya ?

bila disuluh oleh lampu (kawan) hakikatnya ia adalah tin kosong.sedangkan si nasihat sendiri tiada batas pergaulan bersama temannya akrabnya.

-aku mohon kau faham apa yang aku cuba sampaikan disebalik ayat teman akrabnya.


kesimpulan :
aku rasa aku memang mencarut.kerana ia menimbulkan sedikit ketidakpuasan hati sesetengah pihak bukan ?

#tepuk kepala,tanya akal.apa prinsip anda ?

1 kata-kata hebat !:

cinta amerqastrina said...

wow sinisnye ayat u... bersabar la.... ^_*

 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea