Monday, January 30, 2012

Pengalaman Pengajaran

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 2:45:00 PM
Assalamualaikum..

sekali lagi aku mohon maaf sekiranya entry ini membuat kau terasa dan menimbulkan rasa kurang senang.apa yang aku cuba sampaikan adalah msg disebaliknya.mohon yang baik kita jadikan teladan dan buruk jadikan tauladan.

tak semua pihak muslimin boleh menerima kenyataan apabila seseorang muslimat memegang satu pucuk pimpinan.lagi-lagi muslimat itu tidaklah seaktif mana dan hanya junior yang berada di semester 3.lagi pula sebelum ini rekod bersih pucuk pimpinan adalah muslimin,dan muslimat ini kembali dengan membuka lembaran baru.ya,seorang muslimat memegang pucuk pimpinan satu organisasi yang besar dan nama organisasi itu gah disebut merata orang.

apa pun yang terjadi.kau fikirlah hikmah di sebalik kejadian.mengapa dia diutuskan untuk memegang amanah dan tanggungjawab sebesar ini.jangan kau menjadi seperti orang kafir yang lebih menggemarkan untuk melihat saudaranya runtuh hanya kerana jawatan yang direbutkan.apa kau ego ? atau kau juga kafir ? wallahhualam

hanya satu.jika kau cukup dewasa.bertindaklah mengikut akal dewasamu.usah segak menunding jari itu ini.usah gah dengan nama sehingga kau minta orang menghormati kau sedang kau ? kau fikir sendiri.ayat-ayat lazim yang kau tuturkan,yang kau bicarakan buat orang hilang hormat. dan sekarang kau mula melatah kerana tiada yang hormat ?tepuk dada tanya akal.siapa betul siapa salah.

pengalaman ini pengalaman berpengajaran.mengajar aku supaya tidak mudah jatuh terduduk sekiranya tipikal kafir ini muncul.mengajar aku supaya lebih tabah dan kuat untuk menghadapi kata-kata dusta dari yang tidak bertulang lidahnya.ia juga mengajar aku supaya tidak terlalu ego.kerana telah dibuktikan.yang benar itu di pihak Allah,dan yang salah itu beroleh kemaluan yang sangat besar.

dan sekarang masing-masing tersenyum sinis.memikirkan kata-kata yang dulu kau lontarkan.sedarlah saudara,hidup umpama roda. jangan kau sangka air yang tenang tiada buaya.aku mungkin muslimat yang kau nampak lemah.tapi ingatlah aku sentiasa bangkit dengan kebenaran.sehingga kau kembali terduduk termalu sendirian.namun aku hormat,lantas ku hulur tangan tanda kemaafan.sekiranya ludah kau lemparkan.hilang hormat buat kau selamanya.sekiranya tangan ikhlas kau hulurkan,senyuman manis ku hadiahkan.namun,jangan kau ingat aku muslimat lemah.aku bangkit demi kebenaran.tak mudah kau jatuhkan aku,dan tak susah aku bangkit dengan kebenaran


#semoga aku berada di jalan Allah,maha kuasanya melindungiku
dari anasir luar,kata dusta yang bisa buat aku menangis,
duduk terjatuh satu ketika dulu

1 kata-kata hebat !:

ZWAN SABRI said...

Tanggungjawab yang diberi merupakan satu amanah yang besar untuk dipikul.. :)

 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea