Saturday, September 22, 2012

Cinta tak Selalunya Memiliki

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 9:49:00 PM
Manusia biasa bisa menilai apa itu cinta.Tapi manusia biasa tak bisa menilai betapa tingginya nilai cinta. Kenapa ? Fikirkan. Dua batang disatukan dengan paku, dua ketul batu disatukan dengan simen, tapi dua hati disatukan dengan apa ?

Termengu di satu sudut. Ahh ! Masalah memang tidak akan kenal erti penat dalam mencari siapa tuannya dan kita sebagai manusia juga tak pernah penat mencari jawapan setiap masalah yang berlaku. Tapi kalau masalah cinta ? Parah jadinya. Huru-hara keadaan. Bunuh diri ? Penyelesaian ?

Iftifah Hanani bangun. Melepaskan keluh.
Keluhan berat. Di belek pokok orked itu. Pokok bunga pemberian Hysham Mokhtar suatu ketika dulu.


 “Awak suka orked kan ? Nah..ini ikhlas dari saya..”
“Cantik..nampak segar..thanks awak”

Pasu bunga bertukar tangan. Senyuman manis meniti di bibir pasangan kekasih ini.

“Saya pergi Cameron..lawat tapak projek..terus beli bunga ni..suka tak..”senyuman manis dihadiahkan buat Iftitah.
 “Mestilah saya suka..terima kasih ye awak..sayang awak”

Opps !! Aduh terlepas cakap. Memang aku sayang dia. Tapi bila aku yang luahkan. Rasa janggal pulak. Muka membahang merah.

“Kenapa nak malu ? Soal hati dan perasaan tak payah la nak malu. Lagipun kita dah lama kenal. Cuma masing-masing asyik simpan perasaan je kan..?” Dilontarkan nada romantis.

Wahai lelaki sekiranya engkau tahu debaran di hati ini. Pastinya kau akan. Err akan tergelak kot ! Sebab,aku sudah jatuh cinta sama kamu.

“Wahh..Itah..cantiknya bunga ni..sapa kasi?’’ Dahlia datang menyibukkan diri.

Senyap.Kelu.

“Ehh aku bercakap dengan orang ke dengan pokok bunga ? Hurmm..untungla kawan aku sorang ni. Orang lain bercinta dapat bunga sekuntum dua. Tak pun sejambak. Tapi ni dapat sampai satu pokok.hehe”

Sebaris gigi ditayangkan ala-ala iklan Colgate.

Minah ni,dah tahu Hysham yang bagi tanya pulak.Malu la aku nak admit.Haii.

“Err..Iftitah,Dahlia..saya minta diri dulu..nak pergi jumpa En Zaman..Assalamualaikum..”

Hysham minta diri.Berlalu dari situ.Panas punggung bila disakat Dahlia.Namun bibir setia mengukir senyuman.Iftitah bungaku.

Indahnya dunia bila nikmat cinta dapat dirasa.Cinta pertama yang indah.Cinta pertama yang turut memeritkan hati.

‘’Itah..aku nak pergi dinner dengan Khairul..kau ada nak pesan apa-apa tak?” aju Dahlia sambil membetulkan lipatan tudung.

Kepala digeleng perlahan.Tanda tiada sebarang pesanan.Saat ini.Ketika ini selesanya hilang.Perut penuh diisi dengan kesedihan lantas menutup ruang lapar.Hebatnya Cinta!

“Kau bawak kunci ya Lia.Aku rasa jap lagi aku nak keluar.Lagi pun mungkin malam ni aku balik kampong.Tak tentu”lemah saja bunyinya.Seolah-olah orang putus harapan.

Lantas dipeluk tubuh Iftitah.Rapat.

“Kau sabar ya..”tiada apa yang dapat diucapkan lagi selain sabar.Sabar dalam menghadapi segalanya.

Pelukkan dirungkaikan.Iftitah hadiahkan Dahlia dengan senyuman paksa.

“Aku ok.Dont u worry about me..Enjoy ur dinner”ucapnya selamba.

Gembira rasa hatinya bila lihat kebahgiaan Dahlia.

Ya Allah.Adakah aku tidak layak dalam meraih cinta dari seorang insan bergelar lelaki?

Disaat hati melirih sedih.Di satu situasi ada pasangan yang sedang menikmati keindahan apa itu cinta.
Hysham kini bahagia dengan pilihannya.

Farina.Gadis tidak bertudung tapi masih manis dipandang mata kasar.Badan persis model.Mata bulat seksi.Segalanya sempurna.

Berbeza dengan Iftitah.
Gadis bersederhana.
Sederhana dari segala aspek.
 Berpakaian,solekan dan tingkah laku.

Muka Iftitah ayu.
Mukanya tidak memerlukan solekan.Hanya lipstick nipis cukup untuk menaikkan seri wajahnya.

Tapi dia harus menerima hakikat alam.Cinta tak harus dimiliki.

Kini bunga Orked itu semakin layu,selayu cinta Hysham terhadap Iftitah.

orked.



3 kata-kata hebat !:

Anonymous said...

Where can I find the best online creative writing courses? I live in NYC so which colleges offer the best online creative writing course? If not in a college than where else?.

✿INA AINAA✿ said...

suak cerita ni... ada smbungan ke???

Kyra Ismera said...

@ ✿Lady Ainaa✿ : xde syg :)

 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea