Assalamualaikum.
Kisah cinta, kisah yang senantiasa ada pada setiap diri manusia. Cinta yang pelbagai. Cinta ibu bapa, cinta keluarga, cinta satu sama lain dan cinta Ilahi.
dan, untuk kali ini, terus kuat aku untuk menaip kisah cinta antara manusia, uda dan dara.
ada manisnya,- pertengahannya duka dan mungkin - pengakhirannya bahagia.
siapa sangka ?
siapa sangka bagaimana pengakhiran sebuah cinta itu akan berakhir.
tidak mustahil andai permulaannya suka dan bahagia, tapi pengakhirannya duka.
dan tidak mustahil juga, andai permulaannya sakit dan perit, tapi pengakhirannya sebuah kebahagian.
dan begitu juga kisah dia.
padaku, dia memang seorang yang kuat.
cuba juga aku bayangkan sekiranya aku itu dia.
rasanya.......
ya Allah, jauhkanlah kebarangkalian itu terjadi padaku.
apa pun, aku yakin mereka sangat kuat tembok perasaannya.
cuma kadang kala ego yang mustahilkan segala.
teruskan berjuang, dan berdoa.
itu saja yang mampu aku katakan buat mereka.
ya, mereka itu dia dan dia
tanpa restu keluarga hubungan entah kemana.
hanya doa bakal merubah segala.
bukan pandangan luaran sebagai tanda aras penilaian.
2 kata-kata hebat !:
Mungkin .. hehe , thanks .. nice entry
:)
Post a Comment