Tuesday, November 16, 2010

Dialog YAM dan LEM petang raya

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 6:57:00 PM
Reactions: 
"hoyeah..padan muka kau lem..esok kena sembelih!!"
"eleyh..aku tau kau jeles yam..kau mana ada masuk tv..kau tengok aku..saat akhir pun aku masuk tv..siap laung takbir lagi..kau?''
"haha..aku kisah pe lem?kau makan je la rumput puas-puas..esok kau masuk kawah..tu..nampak tak kawah tu.."
"yeke masuk kawah..tak silap aku..masuk plastik merah je..pastu masuk syurga permulaan"
"ha?syurga permulaan??"
"atok aku cakap syurga permulaan tu sejuk giler..tahap beku.."
"yaa?..bukan peti ais ke tu?hah..nasib kau la lem..aku selamat lagi.."
"kau tu jap gi kena sembelih dah..buat rendang cicah ketupat..tak sedar diri betul.."
"cis..tak de maknanya..aku masih selamat la lem..kau mati dulu.."
"kau mati dulu..aku esok.."

Mak!!tengok ayam tu..gemokss..buat rendang best mak!!adik tangkap ya!

"masin mulut kau lem!!aku tak sedia lagi nak mati.."
"haha..lantak kau laa....bye sahabat sedengki ku yam!"
"lem!aku nak wasiat ni..bila aku mati..kau tolong la agihkan anak-anak aku dekat kak yam hujung tu..telur yang belum menetas..kau suruh pak yam jiran sebelah aku jagakan..tolong la yam!!" sambil lari-lari sebab kena kejar..
"aku pun nak mati esok..mana sempatnya nak wasiat semua tu.."
"lem!!pesan dekat laki aku..cakap aku sayang diaaaaa.."

Mak!!adik dah dapat tangkap!!adik nak atok sembelih kan.

"yam!aku mintak maaf doa dosa aku..jumpa di kawah yaa!!"
"lem..aku pun sama..jumpa dekat syurga permulaan.."

Besaunya ayam ni..pandai cucu atok tangkap..mai kita sembelihhhhh...

maka tamatlah riwayat ayam..esoknya pulak riwayat cik lembu pulak..Salam Aidiladha!!

semangatberaya,
kyra ismera

4 kata-kata hebat !:

biskut said...

salam eiduladha untukmu kyra...semoga bergembira.

Wan Gerrard said...

salam aidil adha ^_^v
cik bing tak de ea? hehehe

anyss said...

Salam,
selamat menyambut aidiladha

asfira aminuddin said...

hihi. comel je entry ni.

byw, i follow u. :)

 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea