Tuesday, November 23, 2010

Tok Tokwan : Maafkan kami

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 2:02:00 PM
Reactions: 
Salam sejahtera buat semua..setelah puas beraya dan berjalan sana sini.Barulah datang mood nak cuci segala sawang dekat blog.Sory sebab lama suda blog terabai.Maaf sekali lagi.Entry kali ini lebih berkisar tentang pengalaman di Pahang-Temerloh.Dah dekat 2 tahun tak ke sana.Bila pergi.Wahh!bayak sungguh perubahan.Tidak lagi seperti dahulu.

Travel bersama keluarga memang best.Tok tokwan turut serta.Gamat jadinya.Lagi lawak bila dengar tok tokwan bersembang.Tokwan sudah hilang deria pendengaran sejak umor menjangkau 50-an(sekarang 84).Tok pulak deria pendengaran masih sayup-sayup diguna pakai(sekarang 82)

Tok memang slumber orangnya.Tokwan dah memang power bahasa isyarat mulut.No compromise nak kutok2 oke walopon dia tak dengar.

Aku tak kisah bila orang pandang aku dengan wajah pelik bila aku berkomunikasi dengan tokwan.Agak rumit bila mood dia kurang baik.Biasa la orang tua kan.Tapi aku jadi pelik bila sesetengah peniaga(di RnR) perli tokwan bila nak beli makanan,even buah.Asal?korang ingat dia tak reti baca?tak kenal duit?sory oke!tokwan saya masih superb dalam hal itu.Cekap dalam perbelanjaan.Memang terasa bila one of the boys tu cakap "payah kot cakap dengan orang pekak.Silap2 kena marah..Buat tak tau la..Kedai sebelah masih ada"..Oh indah sungguh bahasa.Mungkin diorang tak perasan yang aku dengar dengan clear butir bicara diorang.Salahkah kalau tokwan nak beli.Dia memang tak kan tanya harga,sebab dia tahu baca harga dekat tag tu.Jadi apa yang korang tak suka sangat berkominukasi dengan mereka?ermm..persoalan disitu..

Dan aku jadi hairan jugak bila aku terdengar makcik baju merah(di RnR) tu berbisik dekat anak dia, masa kitorang nak gi toilet.Masa tu aku bawak tok gi toilet.Orang tua,mau fahan sendiri la.Jalan bertongkat dan tak boleh jalan terlalu cepat.Time aku tengah concentrate pegang tok yang tengah jalan(sebab time tu hujan lebat-lantai licin)ade makcik baju merah tu cakap macam ni."dah tua-tua pun nak jalan lagi..kite dah lambat lagi lambat..dah tahu tuanya,duk rumah ajela"lebih kurang macam tu lah bunyinya.Aku terus stop.Then bagi jalan dekat makcik tu sambil senyum.Ya!senyum tanda aku dengar butir bicara dia.Senyum tanda maaf sebab buat dia lambat.Dengan muka gahnya.makcik tu jeling aku dan terus blah.

Bila aku pikirkan balik.Tumpah simpati dekat tok tokwan.Diorang tak de niat pun nak susahkan sesiapa.Tapi dah takdir Tuhan.Itu nasib mereka.nasib kita?belum tentu lagi.jangan lah berlagak sangat.


picisan : jangan terlalu bongkak.nanti merana diri

hairan,
kyraismera




2 kata-kata hebat !:

asfira aminuddin said...

eh,kurang ajar sungguh mulut makcik tu. kejam sgt!

rossoneri said...

wow manusia dan mulut mereka...

 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea