Monday, August 29, 2011

Kenangan Sekolah Rendah

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 12:04:00 AM

Berapa tahun dah awak tinggal sekolah ? Hahh ingat lagi tak kenangan dolu dolu ? Ingat ke tak ? Haa, jgn tak mengaku pulak.. hehehe 

1) Dulu akan ada satu masa, syarikat penerbitan buku buat jualan. Selalunya buku ilmiah & buku cerita la kan, lepas tu akan ada pengawas datang edarkan kertas untuk order. Order list ke apa namanya ? Apatah lagi masa tu, berangan la nak beli buku tu buku ni.. Balik sekolah terus mintak duit kat mak ayah nak beli buku walaupun kadang dah buku tu cerita pasal apa kan ..

2) Selain dari syarikat penerbitan buku, ada jugak jualan susu segar. Sedap yakmat tau susu tuu. Susah dah nak cari kan susu tu ? Ada perisa Coklat, Strawbery & Jagung.  

3) Masa dekat perpustakaan, cikgu suruh baca buku atau buat bacaan NILAM. Tapi kebanyakkannya masa tu bukan baca pun buku tu, tengok gambar je lepas tu kesimpulan sendiri pasal buku tu. 

4) RMT  - ni pelik sikit.. orang yang layak dapat RMT tu macam nak tak nak je makanan RMT tu, yang tak layak ni pulak curi-curi ambik makan. Katanya lauk RMT sedap.. Siapa pernah buat ? Haaa

5) Lepas rehat tudung/baju mesti ada kesan sambal. 

6) Ni bab alat tulis. Dulu typical kalau spe yg guna pencil box magnet tu kira paling up to date and have have la.. ala pencil box yangg boleh bukak depan belakang, pastu ade sharpener kat tengah tu.

7) Main pemadam. Ni mostly lelaki lah, tapi ada gak perempuan yang join main. Beli banyak-banyak pemadam, lepas tu kena rampas dengan cikgu.

8) Guna pembaris yang bergerigi, kat dalam ada air pastu ada benda berkilat-kilat dlm air tu.

9) Pembaris kuning panjang dalam kelas – Perasan taka da pemegang kat tengah tu, tapi tak pernah pulak Nampak cikgu pegang kat tengah tu.. Sebab masa sekolah rendah, cikgu guna pembaris nak takutkan anak murid je.. senang nak babappp 

10) Fungsi bulu ayam bukan sahaja tu lap habuk, tapi juga dijadikan sebagai rotan

11) Takut bila Nampak van kesihatan datang sekolah. Takut kena cucuk BCG atau kena check gigi

12) Balik sekolah beli JoJo ,Dendang, Tora beli semata-mata nak mainan, coklat tak makan pun.

13) Kasut sekolah hari Ahad / Isnin je putih. Khamis / Jumaat dah tak rupa kasut

14) Masa perhimpunan, main lawan pijak kasut kawan

15) Bila cikgu mesyuarat, pengawas yang jaga kelas asyik nak tulis nama budak bising je kat papan hitam 















3 kata-kata hebat !:

Unknown said...

Hahaha.. teringat zaman-zaman sekolah dulu.. zaman adik2x lar katakan.. hikhik

De'din said...

zaman aku tu :)

Hans Hanis said...

hahahaha
zaman skolah memang lucu

 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea