Sunday, April 13, 2014

Menangis.

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 10:19:00 PM



Tiba-tiba dia menangis.



“ Kenapa dia menangis ? ”


“ Tak tahu ”


“ Dia bukan menangis, dia cuma sedih ”


“ Sedih kenapa ? ”


“ Ada perkara yang buat dia sedih ”



Dia mengesat air mata yang mengalir di pipi.



Kelihatan di tubir mata masih ada cecair jernih yang sedang


bertakung. Menanti masa.



“ Sudahlah, jangan dipedulikan ”


“ Ya, biarkan dia ”



Semakin mengalir air matanya.



Seolah-olah terdengar bual bicara.



“ Pergilah, biarkan aku di sini ”


“ Tiada siapa yang peduli, tiada siapa yang ambil peduli ”


“ Kenapa bilang begitu ? Masih buta menilai kasih sayang ? ”


“ Kasih sayang ? Terangkan aku erti kasih sayang sekiranya kau

faham benar maksud kasih sayang ”


“ Itu salah kau, kau mahukan erti, bukan nilai itu sendiri yang kau

hargai ”


“ Sama saja keduanya ”



Dia masih menangis.



Bukan meraung tapi kelihatan sedih.



Sepertinya ada perasaan yang baru saja musnah.



Dia terus menangis sambil ditemani dialog pembikinan sendiri.



Bukan gila, tetapi menjadi cara merawat duka.




Biarkan dia.




0 kata-kata hebat !:

 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea