Monday, September 03, 2018

Bulan Siapa ?

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 11:09:00 AM 0 kata-kata hebat !



Jumaat, 9 Mac 2018
Hospital Slim River, Perak.

Kawasan kecemasan dipenuhi dengan tangis rintih, sedih sakit. Derap kaki para medik yang menjalankan tanggungjawab mereka sehabis baik dengan sedikit percikan peluh di dahi.Pelbagai reaksi terpancar. Sukar untuk gambarkan. Ada yang meraung kesakitan, ada yang terkulai lemah dengan berlumuran darah, ada juga ahli keluarga yang merintih sedih - tapi mereka punya satu pengharapan dan doa yang sama.

Namun, di satu sudut, termangu satu susuk yang diam membisu. 
Wajahnya suram, namun tiada pula tangis kedengaran.
Wajahnya pucat tak bermaya, tapi masih pula mampu duduk tegak.
Cuma kepalanya tunduk kebawah, kaki menguis-nguis di lantai.
Entah apa yang dia fikirkan.

Setelah beberapa seketika,
Dia bangun, menuju ke pondok berdekatan.
Ada pokok besar.
Ada bangku simen.
Dia duduk.
Dia dongak ke langit, biru.
Dia senyum.

Ini bulan aku,
Aku kena kuat,
Ini bulan aku,
Aku kena lawan,
Ini bulan aku,
Aku kena gembira.
Ini bulan aku.
Ini bulan aku !

Biar apa nak jadi,
Aku kena berdikari,
Biar apa nak jadi,
Aku bukan lemah lagi.

Ini bukan redha,
Aku cuma ikut rencana Dia,
Ini bukan pasrah,
Aku cuba betulkan semula.

Tapi, aku punya cara aku.
Aku nekad tak mahu lagi sakit
Aku nekad tak mahu lagi menghamba abdi
Aku nekad, aku bukan yang dulu lagi

Jangan cari aku,
Jangan cuba rungkaikan siapa aku

Biar aku dengan caraku
Biar aku kuat dengan semua ini

Kerna ini bulan aku.
Bulan aku yang baru !

Lalu dia bangun, menggenggam tangan umpama ada satu semangat baru. 
Dia toleh ke arah kawasan kecemasan tadi,
Memberi senyuman yang sinis sekali.

Mungkin dia sudah cukup sakit sebelum ini, jadi biarlah dia pergi.


Tuesday, May 22, 2018

Resipi Kerabu Pucuk Ubi Daun Kesum

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 1:11:00 PM 0 kata-kata hebat !
Kerabu Pucuk Ubi Daun Kesum by KyraIsmera

Bahan-Bahan:

  • Pucuk Ubi ( Direbus terlebih dahulu bersama sedikit garam )
  • Daun Kesum
  • Bawang besar
  • Santan parut ( Disangai kekuningan )
  • Cili merah 
  • Cili padi
  • Belacan
  • Kerisik

Bahan untuk kisar halus:

  • Cili besar 2-3 batang
  • Cili padi 5 batang
  • 1 inci belacan
  • 1 sudu makan kerisik
  • Secubit garam



Cara Penyediaan:

1. Rebus pucuk ubi sehingga empuk bersama secubit garam. Toskan.

2. Sangai kelapa parut hingga kekuningan

3. Hiris pucuk ubi, daun kesum

4. Hiris bawang

5. Gaulkan bersama bahan kisar 

6. Masukkan kelapa parut yang disangai 

7. Gaul sebati dan siap !






Tips :

1. Lagi pedas lagi sedap, tapi ikut citarasa masing-masing

2. Sukatan daun kesum lebih sedikit berbanding sukatan pucuk ubi.



Wednesday, May 16, 2018

Resipi Laksa Utara Guna Sardin Tin

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 10:19:00 AM 0 kata-kata hebat !

Bahan-Bahan:

  • 1 bungkus laksa kering
  • 1 tin besar sardin
  • 3 sudu besar belacan
  • 2 kuntum bunga kantan. dibelah 4
  • 1 ikat daun kesum
  • 3-4 keping asam keping
  • Garam, secukup rasa

Bahan untuk kisar halus:

  • 10-15 tangkai cili kering, buang biji dan rebus
  • 2 biji bawang besar (saiz sederhana)
  • 3 sudu besar belacan
  • 2 biji cili merah
  • 5 biji cili padi (ikut citarasa)
  • sedikit air
  • Kisar asing : Sardin tin yang dibilas + sedikit air

Bahan untuk hiasan:

  • 5 biji telur, direbus
  • 2 biji bawang besar, hiris nipis
  • 1 batang timun, hiris nipis
  • Limau nipis, di potong
  • 1 ikat daun selom
  • cili padi, hiris nipis

Cara Penyediaan:

  1. Rendam laksa kering dan kemudian rebus sehingga lembut. Angkat dan toskan.
  2. Tumis bahan kisar halus hingga cili berwarna gelap dan terbit minyak. Masukkan bungan kantan, daun kesum dan asam keping semasa menumis.
  3. Kisar sardin tin. Tanpa sos sardin. Seeloknya bilas sedikit ikan sardin tersebut sebelum dikisar.
  4. Kisar sardin tadi dengan air yang bersesuaian. Jangan terlalu banyak sehingga cair.
  5. Masukkan sardin kisar bersama tumisan
  6. Biarkan mendidih seketika
  7. Masukkan garam ; rebus lagi sehingga rasa bahan benar-benar sebati.
  8. Hidangkan laksa bersama kuah dan bahan hiasan.

Tips :

1. Masukkan isi ikan yang di kisar apabila cili benar-benar masak dan terbit minyak.

2. Gunakan belacan yang dibakar



Friday, March 23, 2018

Sesudu Teh & Gula Sudah Mencukupi

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 12:27:00 PM 0 kata-kata hebat !

Aku lihat warna teh itu hitam, bukankah warna teh sepatutnya coklat pekat sedikit merah. Susah untuk aku gambarkan warna teh dalam penulisan.


Tapi aku yakin semua orang pernah melihat warna air teh o.

Perlahan-lahan aku cuba menghirup air teh o itu. Rasanya tanpa gula boleh buat muka sedikit pelik dahi berkerut, itu semestinya.

Berapa banyak gula yang perlu aku letakkan supaya menepati citarasa ?

Dalam hidup ini adakala rasanya seperti minum teh tanpa gula.

Mungkin rasanya seakan-akan tidak boleh menerima dan ada sedikit tekanan jika hati tidak tenteram.

Dan waktu itu, kau perlu tambahkan gula dalam kehidupan supaya kau dapat rasa kemanisan dalam hidup.

Hidup ini sukar untuk aku gambarkan. Kali pertama mungkin akan ada banyak pertikaian, kenapa rasanya begitu, tapi lama kelamaan bila kau mula sedar kewujudan gula dalam kehidupan.

Pada aku sesudu teh dan gula sudah memadai kerena tidak terlalu manis dan tidak terlalu pekat.

Kerana itulah hidup yang aku dahagakan. Di dalam kesederhanaan ada kebahagian


Credit : HafizKhalifaChannel

Tuesday, January 09, 2018

Sayang [2]

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 2:14:00 PM 0 kata-kata hebat !

I don't know why, but I miss you. Tapi kita tak pernah kenal, kita tak pernah bersua muka.


Tapi kerana satu peristiwa, aku jadi sasau tak tentu hala. 

Parahnya bila kau tiada, hanya potret hitam putih sebagai pengubat jiwa.

Tapi mengapa ? Berkait darah kah kita ?

Hati ni asyik teringat ingat, umpama kita memangnya rapat.

Nak ku luah tak pasti pada siapa, nak ku cerita takut di tertawa.

Tapi sungguh, aku jadi rindu. Terasa kau memang ada di waktu itu. Tak ku lupa senyumanmu, usik tawamu.

Apa masih belum tertunai hajatmu ? Bila lagi bisa ketemu ?

Moga kau tenang di sana ya


Tuesday, January 02, 2018

Sayang [1]

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 2:14:00 PM 0 kata-kata hebat !
Demi kamu, aku coretkan juga. 

Untuk seketika, aku dikelilingi rasa bahagia yang luar biasa. 

Mimpikan putera yang manis senyumnya, baik perwatakkannya. Namun terselit sakit derita. 

Pada mulanya biasa saja, entah bila dan bagaimana kita mula suka sama suka. Kau cuit aku, aku cuit kau. Akhirnya sama-sama ketawa gembira. 

Masih aku ingat momen kita berdua, senyuman manja dan kau tak lekang dengan usik mengusiknya. 

Tahu, ada yang tak suka, namun kau biarkan saja. Tetap juga kau layankan aku dengan baiknya. Kau berikan aku senyum bahagia, hingga aku leka ianya cuma sementara. 

Hingga seketika, aku dikhabarkan kau telah tiada. Belum sempat bersua muka untuk terakhir kalinya, kau pergi juga tinggalkan cinta. 

Hanya surat buat pengubat luka. Moga kau tenang di sana ya.




 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea