buat baik jangan sekali,buat jahat berpada-pada.
senyum kepada yang menjeling
baik kepada yang jahat
pelajari sesuatu dari hidup anda !
sesuatu yang mampu mengubah hidup anda ke arah yang benar
hidup ini indah dan mudah tetapi tidak sempurna.kerana yang sempurna hanyalah di sana.nun dia akhirat.nun di syurga firdausi.di dunia hanya sementara,berpegang pada itu lantas aku terfikir soal manusia di sekelilingku.
benar kata orang : buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sekali
tapi pada aku : buat baik jangan sekali,buat jahat berpada-pada
MANUSIA.tidak pernah puas dengan kehidupan yang telah tertulis di loh mahfuz masing-masing.masing-masing hidup dengan perasaan hasad dengki walaupun peratusnya sikit.kau jangan kata tidak ! memang benar kata-kata ku.
bila aku melihat disekelilingku,aku tersedar.tak semua yang kita nampak baik itu baik,dan tak semua yang kita nampak jahat itu jahat.
cukuplah lakonan yang baik tu sedangkan hakikatnya vice versa.senangnya meludah perkataan yang menyakitkan.senangnya bercanda dengan memburukkan orang.senangnya lidah itu.sedangkan tiada apa masalah pun sebenarnya.
suka mencaci,suka mengata,suka menyindir hanya kau bukan seperti dia yang kau idamkan.sudahlah manusia.tutup mulutmu sebelum lebih banyak dosa yang bakal kau tanggung.sudah sudahlah menghina.letih telinga mendengar,sakit mata memandang.
walau apa pun terjadi,kepada yang jatuh cubalah untuk bangun.insyaallah Allah disisimu.Dampinglah dengan Alquran kerana itu penguat imanmu.Sujudlah keran disitu egomu akan makin terkawal.
Bangun dengan gagah ! jangan tunjuk kau lemah ! jangan jatuh kerana kata-kata tak berlesen ! hiduplah dalam prinsip hidupmu !
BAIK JANGAN SEKALI ,tetapi banyakkan
BUAT JAHAT BERPADA-PADA,janganlah selalu,kerana manusia itu tidak sempurna,tidak lari dengan perbuatan yang mengjengkelkan
3 kata-kata hebat !:
setuju ! sekarang buat baik, orang susah pndang. kalau buat jahat akan ingat sampai mati. just opinion
kadang kita perlu jahat untuk kebaikan diri sendiri :)
kalau buat baik jangan sekali, camna nk dapat pahala ni.. HUHU
Post a Comment