Assalamualaikum dan salam ramadhan :)
Alhamdulillah,syukur kerana kita diberikan nikmat sihat dan dipanjangkan umur dalam merebut redha-Nya.
untuk kali ni,bukanlah nawaitu ingin membanggakan diri sendiri mahupun menunding jari ke arah orang lain.
just sepatah dua pendapat yang kadang kala boleh diguna pakai untuk semua.
perhubungan ? or less let me describe it as LOVE.
kebanyakkan pendapat yang mengatakan BERCINTA itu HARAM.Walhal hakikatnya dalam Al-quran mengatakan mendekatkan diri dengan zina itu haram.
ok,mari kita kupas isu ini.
tapi susah bila nak kupas benda ni,mesti ada yang tak percaya.hakikatnya ianya berlaku kepada diri saya sendiri.contohnya :
- sepanjang perkenalkan saya dan si dia ( 2 tahun ) belum lagi kami bersentuhan
- tiap kali kami berhubung (msg/call) kami berbual kosong - tiada pun isu SEKS
- si dia tidak pernah bertanya soal aurat saya - sebelum ni saya kenal beberapa kenalan lelaki,ketaranya paling kurang mesti nak taw panjang rambut si gadis.Tapi Alhamdulillah,si dia tidak.
- sepanjang perkenalkan kami,kami sentiasa saling ingat mengingati soal solat dan kepentingan ibu bapa.
- tiada lagi percakapan yang menimbulkan hawa nafsu terhadap seks.kenapa ? kerana kami sering berbual isu yang jauh dari hal seks.selalunya hal keluarga,masakan,aktiviti harian dan lain-lain.
- sangat jarang berdating.sebab kami sedar jika kami berdua,maka akan ada yang ketiga
- berjumpa di khalayak ramai- itu pun atas sebab pelajaran
ok.stop.saya tahu ramai dah mula mencebih mulut kan ? tapi apa salahnya kalau perhubungan seperti ini dikekalkan kan ? insyaallah kami akan berusaha untuk menjaga adab-adab kami.
untuk mereka dan kawan-kawan,elakkan berpegang tangan.Insyaallah kalau nafsu nak pegang tangan tu xd,insyaallah yang lain y buruk pun tak akan ada.kalau pegang tangan pun,perlu ke nak publish gambar tersebut ke Blog atau Facebook ? fikirkan.
mudahmudahan kami kekal ke jannah.
0 kata-kata hebat !:
Post a Comment