Thursday, July 26, 2012

Sadis.Tangisan Kematian

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 11:00:00 PM
Di sudut kecil itu dia termenung seketika.Kaki dibengkokkan dan kadang kala kepalanya mendongak ke syiling.Seolah-olah tiada arah.Bingung.

Badannya digerak ke depan,ke belakang.Seperti runsing yang keterlaluan.Imbauan peristiwa demi peristiwa bermain di layar jiwa.Berkocak hatinya.Bocor kotak penyimpanan air matanya.

Tangan digenggam kuat.Seolah-olah penuh dengan dendam dan amarah.

Dia tidak sempurna,seperti mereka yang lain juga.Tapi dia punya keistimewaan tersendiri yang tiada siapa tahu melainkan dirinya.

Bukan tidak mahu mendedahkan tapi keistimewaannya memang telah pun 'terdedah'.Cuma mata yang jelas membutakan apa yang di depan mata.

Dia abaikan kata-kata manusia di sekelilingnya.Hanya dia dan DIA yang mengetahui setiap nawaitu,detik yang terlintas di fikirannya.

Otaknya bekerja kuat untuk memotivasikan kembali caj negatif yang terlalu banyak.Sepatah demi sepatah,ayat positif timbul.Namun malangnya ia timbul bersama dendam.Dendam yang dia rahsiakan.Biar senyuman kaburi segala.

Apa ? Senyuman ?
Senyuman tiada makna.Tiada siapa nampak keikhlasan senyumannya.Hanya keburukkan yang meniti di mata kasar mereka.Dan mereka,manusia.

Matanya mengecil,seolah-olah dendam yang terpendam terlalu sarat untuk disimpan.
Badannya semakin kuat digoyangkan.Seperti orang gila.

Gila ?
ya,dia memang gila.
gila dalam cuba memahami watak manusia di sekelilingnya.

perlahan demi perlahan,tangan yang di gengam kuat makin terkulai di sisi kaki.
dia penat.
dia letih.

apa lagi yang perlu dia lakukan ?
perlukah dia mati ?

apa lagi yang dia perlu lakukan ?
bila semuanya dipertikaikan.

perlukah dia menghilang kan diri.
ya,itu mungkin.

tapi bagaimana ?

dia sebak,dia sedih.
kejujuran,keikhlasan yang dia tampilkan
hanya dijeling tajam
malah..ahh..

air mata menitis sedikit demi sedikit
semakin laju.
esaknya semakin lama semakin kuat.

akhirnya dia lemah.
ya,sememangnya dia lemah.

lantas mata kecil itu terkatup rapat.
mungkin malam itu pengakhiran segala deritanya.

dan Allah telah makbulkan doanya
''sekiranya aku tidak lagi diperlukan,kau ambil lah aku demi kebahagian mereka''

sadis.
mati dalam pelukan kesedihan.


kenapa manusia lebih suka percaya pada percakapan orang lain berbanding mengambil tindakan untuk mendengar terlebih dahulu ?jika seseorang melakukan kesalahan,dan dia ingin membaikinya semula..bantulah dia.bukan dengan menjatuhkannya dengan pandangan sinis

kalau orang buat jahat kat kita,kita jangan lawan. Kita jangan mengata belakang. Kita mengadu je kat Allah. Satu hari nanti kita akan nampak impak kepada orang yang aniaya kita tu .

~kalau dia jatuhkan kita,nescaya dia akan jatuh lebih teruk lagi dari kita walhal kejatuhan tu berpunca dari kesalahan dia sendiri




5 kata-kata hebat !:

Anonymous said...

nice word and nice post!!
ayat2 tu buat sendiri ke??
ade bakat jd novelis :)

gigiAriEma said...

pndai la kamu mengarang. :)

Kyra Ismera said...

wanie :

yup ayat sendiri :)
thanks awak ==,
ada rezeki,insyaallah..hehe

Kyra Ismera said...

ariema :

masih lagi bertatih :)

Anonymous said...

what's up kyraismera.blogspot.com blogger found your site via yahoo but it was hard to find and I see you could have more visitors because there are not so many comments yet. I have discovered site which offer to dramatically increase traffic to your site http://bestwebtrafficservice.com they claim they managed to get close to 1000 visitors/day using their services you could also get lot more targeted traffic from search engines as you have now. I used their services and got significantly more visitors to my site. Hope this helps :) They offer most cost effective services to increase website traffic Take care. Mike

 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea