Wednesday, November 30, 2011

Rules and Regulations

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 10:22:00 PM
Rules and regulations,
force you to play it safe
Get rid of all the hesitation,
it's time for you to seize the day

‘’bang tolong bang,jangan pukul saya bang’’

‘’baru sekarang kau nak merayu JANGAN ! tadi aku mintak elok-elok,bukan main kau berdrama hebat ! nah rasakan’’

Hayunan buku lima tepat di mata kanan.Peritnya terasa hingga ke saraf.
Tendangan sulung jatuh tepat di ulu hatinya.Senak menyelubungi.
Mata sepet itu semakin layu.Kesakitan di badan kian merenggut.

Gelakkan galak masih lagi kedengaran,namun sudah sayup-sayup diawangan.
Akhirnya mata menyerah kalah.Lantas terkatup.Badan jatuh rebah.

“wey,sudah ! sudah ! terkulai dah si Adi ni ! kau nak bunuh dia ke Darius ?”
“ biar dia mampus ! baru dia tau langit tinggi ke rendah ! bukan aku mintak duit banyak pon..aku mintak yang mana ada dalam poket dia tu ! bapak kaya,anak kedekut ! puuihh !”

Cecair putih yang punya buih-buih kecil melekat di baju dan muka Adi,ludah.

Namun itu masih belum buat dia bermaya untuk membuka mata.apatah lagi bangun berdiri.

Dia Adi,Adi Muzalman b Adam Muzalman.

Ayahnya seorang pengusaha besar. Punya bisnes pelusuk negeri. Punya syarikat yang gah sedang membangun.

Namun dia ?

Dia hanyalah Adi yang biasa,Adi yang pendiam.Adi yang suka menyendiri dan seorang pemerhati yang baik. Oh ya tak lupa. Adi senang dibuli.

Dibuli ? membuli ?

Apa bezanya ? tetap BULI di hujungnya bukan ?

Adi mendengus perlahan. Mata kanannya masih lagi bengkak , senak di ulu hati masih lagi terasa sakitnya. Namun dia masih mampu tersenyum.

Baginya dia punya prinsip.
  1. Jangan melawan bila dibuli
  2. Jangan melayan sekiranya disendawa
  3. Jangan sesekali memberi wang kepada pembuli
  4. Jangan.
  5. Jangan..dan
  6. Jangan

Ahh ! prinsip bodoh. Prinsip yang memakan diri. Itu bukan untuk kebaikan,itu lebih kepada keburukan.

“ Itu bukannya berdisiplin sekiranya kau tak langgar prinsip bodoh kau tu ! itu memperbodohkan diri ! sanggup kau kena buli saban hari dengan Darius tu ? sampai bila Adi ? sampai bila ? ”

Arissa mula membebel. Tergesa- gesa dia selepas mendapat panggilan telefon dari guru disiplin sekolah. Katanya Adi ditemui pengsan di dalam tandas. Bila disoal puncanya,Adi hanya diam membisu.

Hanya Arissa yang mengetahui segalanya. Arissa seumpama diari harian Adi. Apa yang berlaku pasti dia akan ceritakan.

Adi orangnya bijak.Cuma dia sedikit dumbass. Terlalu berpegang kepada prinsipnya.

Entah mengapa,antara banyak-banyak undang-undang kehidupan. Undang-undang itu juga yang dipilih sebagai prinsipnya. Bila disoal mengapa, dia hanya menjawab ‘sekadar ingin mengetahui apa itu dunia’

Lame excuse.

“Adi Muzalman”
“ya akak”

“Rules and regulations,force you to play it safe and now get rid of all the hesitation,
it's time for you to seize the day”

Ditinggalkan Adi dengan kata-kata tersebut. Arissa sudah malas untuk menasihati. Adi sudah dewasa. Pandai untuk membuat keputusan,pandai untuk mengubah diri

Dan akhirnya. Hari ini. Adi yang baru. Adi yang sudah Berjaya. Adi yang tidak lagi hidup dalam pegangan prinsip bodoh.

Terima kasih kakak.

6 kata-kata hebat !:

kindergartenlibrary said...

sedihnya nelly baca . . =(

Kyra Ismera said...

thanks sbb baca :)
kakak dia sebagai inspirasi utk berubah lebih baik :)

teyhasahaje a.k.a NURUL said...

ACU DATANG BACA ENTRY...DAN TERUS FOLOW AWK...JOM FOLOW ACU..!~

Nabilah Rosli said...

nice.. =D nnty wt yg lbih bek taw...hihi

Fady Samsudin said...

phewitt . bila angel __ mula menulis . tak bole stop nmpk . go go go ! :)

ghost said...

jalan cerita yang menarik.soal buli memang masih menjadi trauma di kalangan kita.tapi hidup tanpa melawan suatu yang sangat bodoh.

 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea