Friday, November 04, 2011

Seth dan Saingan

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 12:51:00 PM






saingan aku sekarang makin hari makin meningkat.saingan aku semua bertindak dalam diam.aku rasa tersaing dan ingin terus bersaing.moga saingan aku buahkan hasil.

ada seorang dua yang sekarang ni memang menunjukkan bengis saingannya dengan aku.tak puas hati ? atau cemburu ? itu aku tak tahu.yang aku tahu mereka tersaing dengan aku.bermula dengan markah business math dan subject lain.typical aku memang pendiam-dalam kelas.

aku bercakap bila suara aku diperlukan.aku memberi idea sekiranya idea aku diperlukan.itu aku.memang aku bukan kaki bodek pensyarah seperti yang lain.itu bukan jenis aku.bukan jenis aku bodek pensyarah untuk dapat extra marks.usaha aku yang menentukan markah aku.bukan usaha bodek.

aku jadikan mereka saingan aku.dan mereka juga.saingan hebat.sama-sama mengejar kejayaan kawan.tak payah nak wujudkan perasaan dengki atau jelingan cemburu dekat aku.aku menyampah kau tahu ? annoying stupid face.

seth tan.seth tan versi aku.walaupun seth bukan satu kos dengan aku.tapi dia tetap saingan aku.saingan hebat aku.dan dia yang selalu suntik aku untuk terus bersaing.aku memang cemburu dengan seth.markah kuiz dan test seth memang top.salahnya hanya dua tiga.memang aku cemburu.memang saingan lah macam tu.kalau dia boleh dapat keputusan macam tu.aku pun sepatutnya boleh.dan alhamdulillah aku dah capai tahap tu.dan sekarang aku kena maintain keputusan kuiz dan test.kalau dia boleh.aku pun mestilah boleh kan ?

tapi seth lain.walaupun seth saingan aku.seth baik.seth tak jeling aku dengan jelingan cemburu.seth tak pandang aku sambil buat muka tak puas hati.seth selalu bagi semangat.seth selalu dorong aku untuk study bila M aku datang.terima kasih seth sebab dah jadi saingan aku dan pada masa yang sama kau SETH macam dalam Nora Elena.

seth dan saingan.itu perjalanan hidupku.

2 kata-kata hebat !:

 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea