Sunday, May 27, 2012

Jodoh : Honestly I just Dont Care

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 11:22:00 PM
Reactions: 


I should cry I should scream

And get down on my knees

I should say that I need you here
But I’m gonna party tonight
‘Cause honestly I just don’t care
Honestly I just don’t care


Terpaku di birai katil memikirkan hal yang satu.Hal yang tiada penghujungnya.Telefon bimbit ditangan masih lagi ditenung dengan pandangan kosong.Menanti yang satu dilaman hati.Menanti yang sedang dirindui.Hilang khabar tanpa berita.Hilang bayang tanpa ada tinggal notanya.

Satu keluhan kecil dilepaskan lemah.Lantas mengambil wudhuk dan membaca surah suci sebagai alat penenang jiwa.Air matanya kini mudah mengalir keluar.Laju.Deras.

Di suatu pihak yang lain.
Keluhnya dari tadi.Gelisahnya tak henti-henti.Risaukan pujaan hati.Entah betul apa yang dilakukannya ini.Dia berkata sendiri.Mula merungut dengan apa yang terjadi.Yang pasti,apa yang berlaku tidak dapat lagi diputar waktunya.Hanya mampu menunggu dah berdoa.Semoga masih ada lagi ruang untuk mereka bersama.Dan mungkin ini langkah yang terbaik.Dengan menghilangkan diri.

Cincin di kotak merah diteliti rapi.Dibeli khas untuk pujaan hati.Dengan nawaitu iklas sekali tetapi.

Dewi hati masih menanti.Kata-kata ibu masih lagi bermain di fikiran.Mana satu menjadi pilihan.Yang dihati hilang tanpa khabaran.Sudahnya pula muncul tak dikenali datang merisik.Walaupun ianya bukan pertama kali dirisik tapi masa yang dirisik seperti kena pada garis waktu masa.

Diikutkan umur.Seharusnya dia menjadi ibu kepada seorang anak.Tapi,jangankan ibu,isteri pun belum.masih lagi memegang status Dara.tapi masih lagi bukan andartu.ANDARTU ? risau hati memirkan.Teringat janji sang arjuna.Tapi,kini..janji dibawa sekali bersama bayangan.Hilang entah kemana.

Tapi itu dulu.Sekarang dia bersama arjuna pujaan hati.Tempoh penghilangan hanyalah untuk menguji semata-mata.Muncul si arjuna bersama keluarga,bersama dulang yang diserikan cincin belah rotan.Manisnya dunia sudah mereka kecapi bersama.Moga ianya kekal hingga ke syurga :)




6 kata-kata hebat !:

Hans said...

sapa yg kahwin dah tu?

Kyra said...

saya :)

De'din said...

#$%^&*

x paham

Kyra said...

dah xbaca..nak faham lagu mana..haha

ZWAN SABRI said...

siapakah DIA tu.. You ke? btw, you ada talent la klaw nk buat novel.. bila baca entry ni, terasa macam baca novel.. :)

Kyra said...

I punya imaginasi je..hehe..thanks ! memang minat nak menulis..masih berjinak-jinak :)

 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea