Kerajaan Malaysia prihatin terhadap rakyatnya dan mementingkan pembelajaran.Sebagai bukti,pesalah juvana dan pesalah lain boleh menyambung pelajaran di sebalik tirai besi.Pembelajaran secara PJJ dan online anjuran OUM.Malah pensyarah juga datang mengajar pada setiap hari Isnin.Menarik bukan?Mereka sepatutnya bersyukur sebab tak semua berpeluang melanjutkan pelajaran.Melalui cara ini mereka mampu mengubah nasib mereka.Sekurang-kurangnya mereka bebas dari tirai besi dengan segulung ijazah di tangan.Mungkin dengan segulung ijazah ini mampu mengubah prospek masyarakat tentang mereka.Sepatutnya kita sebagai masyarakat prihatin seharusnya memberi sokongan terhadap mereka.Kurangkan cacian.Kurangkan pandangan negative.Siapa sangka di sebalik sejarah tirai besi mereka bisa menggemparkan Negara dengan kejayaan mereka.Mereka bisa menaikkan nama Negara.
Jutaan terima kasih buat kerajaan Malaysia kerana peka dan prihatin tentang kehidupan mendatang rakyatnya. :)
nasib mereka bisa berubah dengan adanya segulung ijazah..
0 kata-kata hebat !:
Post a Comment