Friday, December 13, 2013

Esok.

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 12:05:00 AM
Reactions: 



Bismillah.

Jumaat. Penghulu segala hari. Juga penentu bagi kehidupan yang entah bagaimana coraknya. Betapa hati ini gusar berdebar, hanya Dia yang tahu. Namun, disebalik gusaran-debaran, masih terselit satu harapan.

Harapan yang bukan mudah untuk dikenalpasti. Harapan sama ada ianya menjadi realiti, atau sebaliknya. Dua-dua menjadi harapan utama. Tidakkah keliru itu namanya ? Hati kata pergi - mencuba nasib. Untung nasib baik, ya untung sabut timbul. Tapi, dikira untungkah sebegitu ? Berbaloi dengan pengorbanan masa dan keselamatan ?

Bukan tamak dalam nak menentukan, namun ragu-ragu menjadi satu kenyataan. Orang kata usaha dahulu, keputusan belakang kira.

Mungkin boleh diguna pakai. Ya mungkin perlu mencuba dulu. dan tak mati pun kalau cuba. Kalau mati, anggap saja ajal sudah tiba. Maafkan segalanya selagi hayat masih tersisa.




A024
Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "Insya Allah". Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini".

Al-Kahfi (18:24)


0 kata-kata hebat !:

 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea