Saturday, December 28, 2013

The Spoken Words.

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 11:05:00 PM
Reactions: 




Bismillah.

Actually tak dak purpose yang sebenar pun untuk menulis. Banyak benda yang terlintas difikiran untuk dizahirkan dalam bentuk penulisan, tapi malangnya tak tau dari mana patut bermula.

Cerita mana yang patut didahulukan dan cerita mana yang perlu ditapis supaya biar saja disimpan dalam kotak rahsia.

Mulakan dengan tips untuk mencari pasangan lah. Benda yang hanya terlintas, dan terdetik untuk dikongsikan bersama.

Untuk lelaki, for sure nak yang pandai masak. Pandai masak tapi malas pun tak guna jugak. Punya skill yang hebat tapi malas untuk tonjolkan. Jadi kunci disini, cari yang rajin.

Kalau tak reti masak sekali pun, tapi sifat rajin tu ada. Insyaallah dia akan cuba masak, dan men-try beberapa resepi sehingga masakan tu superb !

dan untung suami. Punya isteri yang rajin dalam semua konteks.

jadi yang penting, rajin.


Untuk perempuan, kadang pilihannya ada seseorang yang bercakap manis, yang mampu sejukkan hati. Yang punya rupa tahap tidur pun tak lena, kacak bergaya. Punya poket tebal yang mampu penuhi setiap apa saja permintaan.

Tapi yang penting adalah kepercayaan dan kefahaman isi hati antara satu sama lain. Kalau tak dak sefahaman, memang susah jadinya. 

Sweet talker, tapi tak faham isi hati pun no point. Sebab waktu kita memerlukan ayat manis tu, dia tak lontarkan. dan hanya dilontarkan bila dia rasa dia perlu, dan bukan kita perlu. No point. Masing-masing mula nak tarik muka, masing-masing rasa tak dihargai.

Sama juga kalau tampak segak bergaya dan berwang. Kalau yang berupa paras yang menarik tapi tiada sefahaman lagi parah jadinya.

Dia mungkin tak akan faham erti cemburu, erti apa-apa saja yang berkaitan dengan hati. Ya, kerana pilihan yang dibuat bukan atas dasar kefahaman antara satu sama lain kan ?

Boleh fikir what will happen next ? Susah nak jaga, kita sibuk control sebab sayang, risau. Dia sibuk test market. See ? Still no point.

Berwang. Boleh relate dengan yang atas jugak.

Jadi yang penting ?

kefahaman isi hati antara satu sama lain.

Setiap manusia tidak sempurna, sebolehnya cubalah menerima sedanya. Kerana itu dia, dia dah cuba buat kita gembira dengan seikhlas hatinya. Tak gitu ?

Selamat Malam, Cinta.

0 kata-kata hebat !:

 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea