Gua.
Gua suka melukis.
kadang Gua suka menyanyi.
Gua lebih suka diam dari berbicara.
Gua lebih suka menyendiri dari menyibukkan diri dengan manusia.
Gua lebih suka melihat dan menganalisa
tapi bukan menghukum membabi buta.
Gua suka dalami apa perasaan orang.
dan kadang Gua suka baca pemikiran orang.
paling penting, paling lemah.
jiwa Gua lembut, mudah benar terasa, mudah benar mengalir air mata.
kerna itu
kadang senyum Gua tak bererti Gua suka,
senyum Gua penuh rahsia.
mengalir air mataku tak bererti duka,
dan
itu Gua
susah untuk mengerti.
susah untuk difahami
susah.
dan Gua suka
bila ada yang cuba bersungguh sungguh
untuk mengerti Gua, untuk fahami Gua.
terima kasih untuk itu.
tapi itu bukan alasan untuk Gua berubah menjadi Gua yang baru.
kerna itu identiti Gua.
hanya yang sabar dan kental sahaja yang mampu
untuk fahami siapa Gua.
prinsip Gua senang
" jangan kejutkan harimau yang sedang tidur kalau tak mampu berlari laju "
kadang Gua diam, dalam diam Gua mengaum.
elak dari ngauman gua.
kan gua dah cakap, gua havoc havoc eh havoc havoc.