*ini kisah rekaan
*ada kaitan dengan manusia yang hidup dan mati..hehe
*jadikan iktibar bersama
dilahirkan dalam keluarga yang sempurna bukanlah seindah yang disangka.tak semua dapat mengecapi indahnya keluarga dan merasai kasih sayangnya bersama.
Atan anak kedua dari tiga beradik.punya seorang abang dan punya seorang adik perempuan.kedudukannya di tengah bukanlah kedudukan yang 'selesa'.dirinya sering dihina,dibuli,diperli oelh ahli keluarga.entah apa silapnya.dia sendiri tiada jawapan.
pernah juga Atan terfikir.sekiranya dirinya betul2 tidak disayangi,mengapa tidak dipicit sahaja hidungnya ketika kecil bayi dahulu.mengapa tidak tinggalkanny sahaja di pintu masjid.mengapa tidak diberikan sahaja kepada golongan yang memerlukan insan yang bernama ANAK.
hanya keluhan berat yang sering Atan berikan.kehadirannya,kewujudannya seolah-olah menyusahkan semua pihak.sedangkan kesalahannya boleh dikatakan berada di tahap ZERO berbanding abang dan adiknya.
tahap pendidikan Atan sederhana.tidak seperti abang dan adiknya yang sentiasa berada di tahap cemerlang.bukan sahaja akademik.tapi turut cemerlang di mata ibu dan abahnya.sedangkan dia ? hanya digelar ''perabih beras'' ''mengaji kuih''
hakikatnya Atan bukanlah selemah yang disangka.dia cemerlang.di universitinya,dia sering menjadi buah mulut para pensyarah.dia dikenali sebagai Atan Superb-Atan Terer-Atan ala Retiss..gelaran itu bisa buat Atan tersenyum bangga.bangga dengan kejayaannya.bangga bila ada rakan,teman sekuliah dan para pensyarah menyanjungnya tinggi.
namun disebalik kegembiraan itu.terselit duka yang maksimumnya melebihi had.walaupun di universiti dia cukup terkenal,namun dia masih belum cukup terkenal di hati abah dan ibunya.
apa lagi kelemahannya?kata ustaz,hanya ibu bapa akan gembira sekiranya si anak hadiahkan kejayaan dalam akademik.dia sudah hadiahkan.namun kejayaan tersebut seolah-olah tiada makna.bila Atan semangat bercerita kejayaan akademiknya.hanya jelingan dan senyuman sinis sebagai hadiah.ooh ! sedih hatinya tak terkira.
walau apa pun.abah ibu,Atan sayang ibu dan abah ! insyaallah..nanti satu hari ibu akan taw jugak yang anak ibu ni sayang sangat dekat ibu.abah,walaupun abah selalu marahkan Atan,Atan tahu abah masih sayangkan Atan.
hari-hari Atan berjalan seperti biasa cuma kadang kala dia sedih bila teman serumahnya mesra bergurau senda di telefon bersama keluarga.dia cuba untuk positif.namun gagal.hanya sindiran dan nada marah yang dia selalu terima.
kadang kala dia pelik.abah boleh bercakap dengan nada yang lembut dengan abang dan adiknya tapi tidak dengan dia.abah boleh menegur dengan nada yang sejuk didengar bila abang dan adiknya membuat kesalahan,namun bukan dengan dia.abah..abah tak sayang Atan ?
Final semakin dekat.Atan terlalu rindukan keluarganya.namun dia takut untuk pulang setelah disindir 'balik hanya menyusahkan orang !' oleh ahli keluarganya.hanya gambar keluarga yang diframe kemas dia tatap untuk lepaskan rindu.
kondisi Atan makin lemah.Atan disahkan menghidap penyakit barah darah.dia mungkin tidak dapat diselamatkan.harinya bersisa tak sampai seminggu.takut untuk maklumkan kepada ahli keluarganya.mungkin,bila dia pergi.semua akan tenang.tenang tanpa wujudnya dia di dalam keluarga tersebut.
dalam kondisi yang sangat lemah.dia menghubungi keluarganya.mungkin untuk kali yang terakhir.Atan berjaya bercakap dengan kesemua ahli keluarganya.senyumnya ke telinga walaupun ahli keluarganya hanya sepatah dua bercakap dengannya.
Atan mencapai sehelai A4 putih dan sebatang pen.lantas dia mengarang sesuatu.
Atan makin lemah,dia terlantar di hospital.ahli keluarganya sudah dimaklumkan.tapi mereka anggap ianya mainan.Atan sengaja cari perhatian.Kawan karib,para pensyarah memenuhi ruang wad.masing-masing dengan tisu dan yasin di tangan.masih mengharapkan Atan sembuh dan sihat semula.Namun,akhirnya Atan menghembus nafas terakhir tanpa keluarga di sisi.
keluarga Atan tiba apabila Dekan sendiri memaklumkan kematian Atan.Dekan menyerahakan sehelai kertas 'wasiat' kepada ahli keluarganya
ibu,abah..atan happy sangat dapat dengar suara ibu dan abah..rindu sangat atan dengan suara kalian..atan mintak maaf sebab atan rahsiakan sakit atan..atan tak nak ibu dan abah susah hati..ibu abah,halalkan makan minum atan ye..mungkin itu yang terakhir atan dapat dengar suara ibu dan abah..dan mungkin itu jugak yang terakhir kali ibu dan abah dapat dengr suara atan..ibu,abah..saat ini mungkin atan dah tiada di bumi ni..atan pergi dulu bu,abah..izinkan atan tenang disana..ibu,abah..dlam sampul ni ada duit..duit hasil kejayaan atan..setiap sem dekan bagi reward utk pelajar cemerlang..alhamdulillah..setiap sem atan dapat..atan simpankan duit tu..cukup untuk ibu dan abah gunakan tampung kos pengebumian atan..selebihnya atan hadiahkan buat ibu dan abah..salam dari anakmu : atan